Khamis, 22 Februari 2024

ORANG ASING BOLEH JADI GURU DISABAH?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Selama dua puluh sembilan tahun orang asing yang memohon status penduduk tetap menjadi guru sekolah di Sabah dengan gaji lumayan tanpa dikesan rakan rakan seperjuangan pada sebelumnya menimbul pelbagai persoalan warga Tenom.

Sebaik diperiksa berkuasa baru baru ini JPN Sabah sahkan Kad Pengenalan tersebut bukan warganegara Malaysia lantas guru terlibat diberkas dikawasan Tenom Sabah.

Guru tersebut Ridaf  Abdul Kadir 53 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Keningau bermula 29 Januari 2024 lalu. 

Berdasarkan pada usia beliau masa kini dan jumlah perkhidmatan sebagai guru sekolah selama 29 tahun Ridaf Abdul Kadir menyamar warganegara Malaysia sejak berusia 24 tahun lagi ujar penduduk Tenom yang dihubungi.

Kes serupa perlu dibongkar habis habisan pihak berkuasa negeri Sabah walau dimanapun keberadaan warga asing yang menyamar sebagai rakyat Malaysia tanpa henti.

Diharapkan seluruh orang asing yang menyamar sebagai warganegara di Sabah menyerah diri sahaja bagi mengelak mereka ditahan seperti Ridaf Abdul Kadir dari masa kesemasa.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan