Rabu, 14 Februari 2024

TIGA DUN SATU PARLIMEN?

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kota Kinabalu.  Kerusi Parlimen Sepanggar memiliki tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Inanam, Darau dan Kerambunai.

Kerusi Dun Kerambunai disandang Wakil Rakyat Dari UMNO BN, Dun Darau dipegang oleh Wakil Rakyat WARISAN dan Dun Inanam diterajui Wakil Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR-PH) sehingga kehari ini.

Menurut  penduduk dalam tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Tersebut ramai pengundi susah mahu jumpa pemimpin parti politik mereka selepas pilihan raya, ada juga rakyat yang menjelaskan bukan senang menalipon pemimpin parti politik mereka malah WATSHAP JUGA tidak berbalas walau lengkap disertakan nama terang mereka.

Ada juga pengundi dikawasan tersebut melaporkan orang parti politik setempat lebih aktif berjumpa rakyat masa menjelang pilihan raya sahaja, lepas pilihan raya dan YB yang menang dilantik kesesuatu jawatan terus susah sudah talian telipon dihubungi apa tak lagi berbeza adat dan agama terang penduduk setempat. 

Media Terkini yang membuat tinjauan kawasan Parlimen Sepanggar bukan sahaja sukar berhubung pemimpin parti politik malah talian telipon juga tidak bersambut, ini  antara kekangan kru Media Terkini Harian cuba menghubungi beberapa pemimpin parti politik dikawasan tersebut sejak penghujung tahun 2023 sehingga kehari ini. 

Apa juga isu politik dikawasan tersebut bukan salah parti yang ada dikawasan tiga ADUN tersebut namun ianya berpunca kelalaian sebilangan pempimpin parti politik setempat, mampukah pemimpin parti politik setempat mengubah senario perjuangan mereka yang mesra rakyat  setiap masa tanpa menjerumuskan politik kebencian rakyat jangka panjang.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan  pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan