Ahad, 11 Februari 2024

ISRAEL BEDIL RAFAH MANA KUASA DUNIA?

"Dalam Gerakan Israel Mula Membedil Rafah Kuasa Dunia Dinanti Masyarakat Islam Antarabangsa, Mengapa Terlalu Dibiarkan Israel Bermaharajalela Membunuh Rakyat Plastine Dipelusuk Gaza" 

Oleh. Huzera Ben

Plastine.  Kerakusan Israel menyerang hampir seluruh bumi Gaza dalam wilayah Plastine membuka mata dunia betapa Israel hanya mahu menguasai bumi Gaza, helah Israel memusnahkan pejuang Hamas, Hizbollah dan AlQassam sekadar hanya satu ungkapan kata bagi mengaburi mata dunia agar tidak terbuka hajat mereka yang sebenar.

Menurut penduduk Gaza, Israel sebenar hanya mahu menguasai bumi Gaza sehingga mereka sanggup mengusir penduduk Rafah demi menyelamatkan diri dari serangan mereka, malah tidak banyak gerakan mereka memburu pejuang Hamas, AlQassam dan Hizbollah  musuh yang mereka lapor pengganas namun kini Israel lebih membunuh rakyat biasa tegas mereka. 

Penduduk Gaza juga hairan mengapa Israel sanggup membunuh kanak kanak kecil warga Plastine, sedangkan yang diburu adalah pejuang Hamas, AlQassam dan Hizbollah musuh yang Israel tentang, ini jelas Israel hanya buat helah bagi membunuh penduduk Plastine dengan alasan menentang pengganas jelas warga Gaza.

Sehubungan dengan paparan ini, dunia haruslah bersatu demi menghentikan Israel membunuh seluruh penduduk Gaza yang tidak berdosa, segala helah Israel  mula dikesan masyarakat dunia berikutan semua yang terkorban dalam serangan Israel, adalah orang awam penduduk Plastine  termasuklah kalangan wanita dan kanak kanak yang terbanyak.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga, didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan