Rabu, 21 Februari 2024

MENGAPA ORANG SABAH TERUS BAGI MEREKA DUIT?

"Mengapakah Masih Ramai Orang Sabah Terus Menghulur Mereka Wang Sedangkan Sihat Tubuh Badan, Malah Tidak Diketahui Siapakah Sebenar Mereka Dalam Kumpulan Ramai Berlegar Legar Dipelusuk Sabah" 

Oleh. Williem Anak Lagau

Borneo. Orang Sabah sudah tiba masanya mengkaji siapa sebenar mereka yang bergerak dalam kumpulan ramai dengan pecahan tempat meminta sedekah bersama membawa anak anak kecil, peliknya anak anak dibawa bertukar tukar ibu pembawa mereka sehingga merimaskan orang ramai terutama disetiap kedai kopi dan kedai makan dalam negeri Sabah sejak sekian lama.

Kumpulan terlibat juga dilapor menyuruh anak anak membawa jualan keropok didalam bakul bergerak sendirian duduk berpindah randah dilorong kedai sekitar orang tua yang bergerak juga meminta sedekah, kumpulan terlibat juga dilaporkan tidak pandai bercakap Melayu melainkan hanya tahu "Minta Untuk Makan" pada setiap orang yang dihampiri walau didalam kedai makan minum jelas orang ramai. 

Menurut warga Sabah, jika wanita dan anak kecil ini dihalau dari meminta sedekah paksa bukan dikalangan petugas kerajaan pasti ada lelaki penjaga mereka datang campur tangan, tidak hairan lah peminta sedekah ini bagai tidak berhenti memandangkan dilaporkan golongan terlibat ada yang memerhati dari jauh apa tak lagi kanak kanak kecil yang berjualan ujar orang asli Sabah.

Dalam pertanyaan kru Media Terkini Malaysia, orang minta sedekah ini dilaporkan mirip bahasa dari negara jiran berhampiran Sabah namun tidak diketahui tempat tinggal mereka, ada juga penjual dikedai makan dilaporkan memberi mereka makanan lengkap bersama air masak dalam botol berikutan mereka tidak berganjak sebelum diberi makanan secukupnya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan