Selasa, 7 Mei 2024

SUARA WARGA VAKSIN INI

Sesiapa yang ada pandangan penerima VAKSIN JENAMA INI boleh hantarkan kepada Akbar Media Terkini Harian Kuala Lumpur Setiap Hari Masa Pejabat.

Hantarkan pamdangan berserta gambar  yang terang milik penulis kepada kami ditalian 0194827829 dan 01138554026.

Semua tulisan mesti muda difahami dengan terang bagi memudahkan penyuntingan serta belum disiarkan mana mana unit penyiaran lain.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat  iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

GERAK BERJUANG PERTAHAN RAFAH

Oleh. Huzera Ben 

Lubnan. Maufakat pejuang Islam termeterai apabila AlQassam, Hamas, Hizbollah dan kini Alquds melambang

kan Berani Mati dikepala mereka jelas warga Rafah dan Lubnan yang ditemui. 

Israel yang tidak serik serik mengebom dan menembak penduduk Rafah menukar langkah dengan mengusir warga Rafah demi menjayakan misi mereka, namun pejuang Hamas, AlQassam, Hizbollah dan kini AlQuds terus berusaha membantu pertahan bumi Rafah walau apa juga rintangan mereka.

Permaufakatan mereka telah dimeterai dalam kumpulan pejuang Islam yang besar tanpa tunduk dengan Israel yang mendapat perlindungan dari Amerika Syarikat sampai kehari ini.

Mampu kah Bumi Rafah dipertahankan oleh Hamas, Hizbollah, AlQassam dan kini AlQuds sebagai tunggak perjuangan umat Islam dari serangan Israel?, hanya pejuang kesemua empat pasukan bergabung mampu melihat masa depan Rafah walaupun hampir semua buminya telah hancur diserang Israel.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

MENGAPA SETIAP HARI BERLAKU?

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Kinabalu. Ramai warga terkilan sebilangan penunggang Motorsikal mengabaikan pemakaian HELMET (TOPI KLEDER) demi keselamatan mereka sendiri. 

Malah golongan terlibat sangat angkuh melintasi orang awam disekeliling mereka tanpa ada sedikit pun rasa hormat warga memerhati perbuatan mereka, bayangkan jika berlaku kemalangan jalan raya sekitar laluan mereka adakah warga menyalahkan kerajaan diatas kelalaian penunggang terlibat yang cuai.

Dalam perbuatan penunggang Motorsikal yang tidak memakai Topi Kleder (Helmet) ramai warga hanya melihat tanpa melaporkan kepada pihak penguatkuasa, tidak hairan lah setiap hari ada sahaja golongan muda mempamerkan belang mereka menunggang Motorsikal tanpa HELMET (Topi Kleder) bagai hero sepanjang jalan.

Golongan ibu bapa mereka yang berbuat sedemikian bagai tidak risau cara pemanduan anak anak mereka dijalan raya tiap hari,  namun bagaimana jika penunggang Motorsikal berkenaan terlibat dalam kemalangan jalan raya tanpa HELMET dipakai dapatkah ibu bapa mereka terima kenyataan ?, ujar warga Sabah yang ditemui.




Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Isnin, 6 Mei 2024

ISRAEL LAIN DICAKAP LAIN DIBUAT

Oleh. Huzera Ben 

Plastine. Impian seluruh rakyat negara ini bagi mencapai gencatan senjata mungkin hanya igawan ngeri
jika Israel hanya berlakon tanpa penyudah nya.

Bayangkan kata kata Israel mahu membincang genc-
atan senjata bersama Hamas, Hizbollah dan AlQassam, sebaliknya tentera zionis Israel terus mengedar surat amaran terakhir bagi mengarahkan penduduk Plastine di Rafah agar keluar meninggalkan kediaman mereka. 

Tindak tanduk dalam perkara seumpama wajar  dikaji pemimpin Hamas, Hizbollah dan AlQassam  agar tidak menjadi mangsa Israel seterusnya, bayangkan lah penduduk Rafah terus terus diberi notis pengusiran oleh tentera  Zionis Israel dengan notis bertulis entah kemana pemindahan mereka.

Semua ini dilaporkan penduduk Rafah sebagai penghapusan kependudukan rakyat Plastine dibumi mereka sendiri, jika pejuang  seperti Hamas dan kroni nya gagal mendalami senjata Israel menentang pejuang Islam mungkin warga Rafah bakal diduduki masyarakat Israel disuatu masa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

SEMAKIN BERJAWATAN KIAN ANGKUH DIRI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Amalan angkuh sebilangan pegawai lantikan politik mula dibenci rakyat pengundi merangkumi tujuh puluh tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah sejak dua tahun yang lalu.

Ini dijelaskan golongan pengundi warga luar bandar berikutan ada pegawai kerajaan lantikan politik dilaporkan langsung tidak menjawab talipon panggilan rakyat setempat.

Ada juga pegawai kerajaan lantikan politik berpura pura tidak kenal bila ditegur rakyat pengundi dikawasan mereka, tidak hairan lah penduduk yang keciwa dipandang sinis tidak dikenali golongan pegawai kerajaan lantikan politik beralih sokongan parti akibat pegawai terlibat sombong dan angkuh jelas mereka.

Sesuatu yang menyedihkan ialah jika rakyat jelata yang keciwa jika menyokong parti politik pemnangkang pasti mampu menewaskan parti yang memerintah dikawasan terlibat, maka rakyat peribumi Sabah menggesa parti parti politik yang menubuhkan kerajaan negeri Sabah turun padang bagi menilai hubungan rakyat keatas pegawai lantikan mereka. 

Isu pegawai kerajaan negeri lantikan politik sombong dan angkuh dilaporkan bukan setahun dua namun kurang pemantauan kepimpinan parti politik mereka, harapan orang Sabah berdaftar sebagai pemilih agar pemimpin tertinggi parti politik mereka benar benar turun padang mengambil langkah drastik perkara tersebut.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

URUSNIAGA SABAH MENGELIRUKAN

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Perniagaan dari meja ke meja kedai kopi dan kedai makan umpama makan tulang harga RM3.00 dikedai mereka jual RM10.00 sebungkus. 

Ini lah urusniaga yang bergerak seluruh negeri ini tanpa pemantauan semua pihak dari awal pagi hingga kepetang disifatkan makan tulang dan isi manusia yang membeli,  bayangkan lah mereka dengan kertas notis dilampir atas meja ketika orang makan dan minum tiba tiba datang golongan penjual melaporkan harga RM10.00 sebungkus sedangkan harga sebenar RM3.00 sahaja.

Trend perniagaan ini dikuasai orang asing dahulu namun kini ianya dilaporkan sudah mula diambil alih oleh warga tempatan  serupa juga harga makan isi dan tulang pelanggan, bayangkan lah golongan yang tidak tahu harga sebenar barangan yang mereka jual RM10.00 sebungkus kecil pasti menuding jari menyalahkan kerajaan.

Hakikatnya yang menaik kos harga barangan ada lah peniaga yang tamak ambil keuntungan secara bergerak tanpa disedari orang sekeliling dan tahu membeli sahaja, jika peniaga seumpama tidak dikawal oleh seluruh agensi kerajaan Sabah pasti lebih ramai warga tertipu membeli barangan yang berganda ganda harganya setiap hari.

Kegiatan peniaga bergerak ini telah lama dilaporkan beroperasi secara berpindah pindah namun langsung tidak diambil perhatian golongan yang menemui mereka, hanya warga yang sedar harga umpama keropok RM3.00 dikedai runcit namun mereka peniaga  bergerak menjual RM10.00 sebungkus tanpa orang sedari.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Ahad, 5 Mei 2024

APAKAH TINDAKAN UGUT ICC?

Olah. Helary Sukiono 

Francis. Siapakah yang boleh menyiasat ugutan terhadap ICC bagi pihak berkuasa seluruh dunia, tentu ramai tidak menyedari bahawa badan dunia tersebut masih mendapat ugutan sirius pada zaman it masa kini.

Tindakan mengugut ICC merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral bagai hilang perikemanusiaan yang sentiasa memiliki pertimbangan diri dengan orang lain, malah jika ada yang tidak memuaskan hati dikalangan berurusan ICC pelbagai saluran aduan mampu dibuat menerusi pelbagai perundangan dunia.

Sejak kebelakangan ini pelbagai cabaran perundangan dunia bagai tercabar dengan keilmuan masyarakat antara bangsa hingga keperingkat dunia amnya, namun perundangan dunia masih bertahan disamping cuba menambah baik pengubalan perundangan mereka demi memuaskan hati seluruh antara bangsa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pegawai penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

PERTAHANAN PLASTINE BUNUH PENGGANAS BAHAYA

Oleh. Huzera Ben

Plastine. Pasukan pertahanan Negara ini akan terus memburu serta menahan jika ada kumpulan pengganas kejam bersembunyi sekitar bumi Plastine menurut pasukan keselamatan Plastine hari ini. 

Kumpulan pengganas kejam tidak ada tempat berlindung dibumi Plastine apa tak lagi cuba mengganggu gugat keselamatan rakyat Plastine, tidak hairan lah pasukan pertahanan Plastine terus memburu pengganas yang lebih kejam sistem pembunuhan mereka keatas masyarakat tidak berdosa.

Plastine dilaporkan memiliki Pasukan Pertahanan keselamatan tanah air mereka sendiri tanpa bergantung badan politik Hamas, Hizbollah atau AlQassam, keamanan amat terlindung diluar Gaza dan Rafah yang bergantung kepada pertahanan keselamatan Plastine setiap masa.

Pelik Israel terus membedil Gaza dan Rafah sehingga hari ini namun bumi Plastine lain tidak ada sebarang serangan Israel, malah tidak ada laporan Presiden Plastine diancam tentera zionis Israel walau dimana juga berada keamanan kepimpinan kerajaan Plastine tidak mendapat tekanan Israel.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

PEJUANG CUBA CARI GABUNGAN DISABAH

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Kepimpinan Parti Pejuang dilapurkan sedang merancang cuba mencari rakan gabungan terhadap parti parti tempatan Sabah menjelang PRN akan datang, Pejuang juga berusaha mahu menambah keahlian parti mereka disetiap bahagian agar mampu mendapat sokongan penuh dalam agenda perjuangan parti mereka dari masa kesemasa.

Impian Parti Pejuang yang disampaikan Presidennya di Kota Kinabalu dekat sini dalam Majlis Hari Raya anjuran parti tersebut. 

Mampukah kepimpinan setiap bahagian menambah keahlian mereka dengan lebih membanggakan parti diperingkat pusat sehingga PRN Sabah akan datang, selain dari itu adakah GRS akan menerima PEJUANG Sabah sebagai rakan dalam gabungan menjelang PRN negeri ini selewat lewatnya tahun 2025.

Apa pun perancangan Pejuang kepimpinan bahagian mereka dalam Sabah wajib turun padang bagi menemui rakyat jelata menyokong mereka, jika kepimpinan sebilangan bahagian mereka yang dilapor terus mendiamkan diri dengan menunggu rakyat sendiri jumpa mereka mungkin ianya langkah yang sukar.

Hanya jentera Pejuang Sabah sahaja yang tahu sejauh manakan rakyat jelata negeri ini menerima halatuju perjuangan mereka, rakyat jelata Sabah juga bukan muda diajak menyertai mana mana parti politik dengan sendirinya menemui parti berkenaan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

PENGEDAR GAGAL MEMASUKI PULAU SEBATIK

Oleh. Koijul Hairol

Tawau. Cubaan seorang lelaki membawa lebih 8 kilogram cuba bergerak menju Pulau Sebatik gagal sebaik ditahan pihak berkuasa dengan pelbagai cara bagi mengaburi pemeriksaan pihak berkuasa tempatan. 

Malah dalam konteks pengedaran dadah semua penduduk Tawau dan Sabah amnya perlu bersatu memantau kegiatan seumpama bagi melaporkan kepada pihak berkuasa, sikap segelintir masyarakat yang berdiam diri walau mengetahui beberapa individu melakukan kerjaya mengedar dadah wajar dijauhi masyarakat agar tidak bersekongkol dengan mereka.

Bayangkan lah jika lebih 8 kilogram  tembus ke Pulau Sebatik apa akan jadi kepada generasi muda mudi dikawasan tersebut didalam jangkamasa panjang, selain dari generasi muda mudi pasti ada juga warga dewasa bermasaalah akan terpengaruh terjun dalam kancah kegiatan tidak bermoral berkenaan. 

Hanya masyaraakat  berbilang bangsa  yang sayang kepada maruah bangsa mereka boleh membiarkan pengedar dadah bergerak bebas diseluruh  negeri dan Malaysia amnya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur


 

NOTIS PEMBERITAHUAN MT

Akbar Harian Media Terkini Malaysia, Masih Membuka Ruang Iklan Ucapan Pesta Menuai Sehingga 10 Mei 2024.

Semua Tempahan Hendaklah Disertakan Dengan Teks Ucapan Berserta Gambar Yang Menyampaikan Ucapan Tersebut.

Kami Juga Sedia Menerima Pelbagai Iklan Perniagaan Didalam Dan Luar Negara Amnya Dengan Kadar Harga Berbeza Mengikut Nilai Mata Wang Negara Yang Melakukan Tempahan.

Sebarang pertanyaan berhubung Pegawai Pengiklanan Hubungi Lenny Noor Anak Abdullah @ George Dan Norsham Haji Tukirin Ditalian 01138554026 Dan 0194827829 Masa Pejabat sahaja.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

MAMPUKAH ISRAEL TUNDUK DENGAN PERARAKAN JALANAN SEDUNIA?

"Perarakan Jalanan Dalam Angka Ribu Hingga Puluhan Ribu Orang Sebagai Menentang Kezaliman Israel Adakah Mereka (Israel) Segera Tunduk, Atau Zionis Israel Terus Membedil Setiap Inci
Bumi Gaza Dan Rafah Bagai Tidak Kenal Sebarang Tekanan Dunia Sampai Masa Kini" 

Oleh. Williem Anak Lagau dan Basron 

Kirwan 

Kuala Lumpur. Solideriti himpunan berjalan kaki sebagai protes membantah kekejaman Israel jelas mendapat sambutan bukan sahaja rakyat jelata malah turut disertai bekas bekas pemimpin negara ini secara aman, namun adakah Israel tunduk dengan perarakan jalanan bukan sahaja dalam Malaysia malah pernah dilakukan di United Kingdom serta Amerika Syarikat  sebelum ini namun Israel kekal terus mengganas sampai ke Iran.

Cabaran penunjuk perasaan cara aman adalah sejauh manakah penerimaan Israel dengan protes bantahan seumpama walau puluhan ribu berarak, selain dari itu adakah Presiden Amerika Syarikat juga terus bertindak menghentikan serangan tentera Israel terhadap Gaza dan Rafah serta merta.

Semua penunjuk perasaan menentang kekejaman Israel bukan sahaja dalam negara Malaysia malah negara negara barat juga kerap melakukan himpunan termasuk juga rakyat Israel sendiri, namun semua nya tidak mampu menghalang kekejaman Israel menyerang Gaza dan Rafah termasuklah sempadan Iran serta Lubnan dan Syria selagi Israel terus mendapat sokongan Amerika Syarikat. 

Sehingga berita ini ditulis belum ada tanda tanda Israel mahu menghentikan serangan kestas Gaza dan Rafah dengan dilapor puluhan ribu sudah terkorban rakyat Plastine akibat serangan Tentera Israel.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

BANTUAN MAKANAN KEMANUSIAAN MENGAPA DITAHAN?

Oleh. Huzera Ben 

Plastine. Bantuan makanan, perubatan, pakaian yang diketuai Pertubuhan Palang Merah Sedunia bersama be-
rsama beberapa badan NGO yang diiktiraf antara bangsa terus disekat pihak tentera zionis Israel.  

Penahanan tersebut merupakan satu pertikaian mengapa badan bantuan dunia disekat bagi memberi bantuan orang yang dalam kesakitan serta kelaparan akibat keganasan Rejim Israel jelas badan NGO penghantar bantuan kemanusiaan berkenaan. 

Badan NGO sedunia menggesa pemimpin Amerika Syarikat bertindak serta merta menghalang tentera Israel menyekat kemasukan bantuan tersebut demi nyawa penduduk Plastine di Gaza dan Rafah ujar mereka. 

Badan NGO DAN PALANG MERAH SEDUNIA mendedahkan setiap bantuan kemanusiaan yang banyak memasuki Gaza Dan Rafah pasti akan ditahan rejim Zionis Israel tanpa sebarang alasan, berbanding dalam bantuan jumlah kecil senang sahaja memasuki Gaza dan Rafah tanpa banyak soal Rejim Zionis bagaikan mereka tidak mahu rakyat Plastine yang kelaparan serta cedera dengan serangan Israel adalah satu bebanan merek.

Pemimpin negara negara sedunia harus sama sama bertindak menghukum kekejaman Zionis Israel setiap hari keatas penduduk Plastine di Gaza dan Rafah demi nasa depan penduduk setempat. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Sabtu, 4 Mei 2024

ISU PENYELUDUPAN SENJATA SEMPADAN THAILAND KELANTAN

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sungai Golok. Bagaimana membenteras penyusupan masuk Senjata Api dari Thailand ke Kelantan dengan hanya menyeberangi sungai Golok sahaja tidak sampai dua puluh minit menyeberang.

Kebimbangan penduduk Kelantan sepanjang pesisir sungai Golok kawasan Malaysia dimana kebanyakan pengedar dadah dan ketua penyeludupan yang melakukan nya sebagai senjata mereka dalam ancaman sesama pengedar atau penyeludup, selain dari itu pengedar dan penyeludup juga menggunakan senjata api berkenaan jika terdesak diburu kedua dua pasukan Polis Thailand dan Malaysia yang sentiasa melakukan rondaan setiap masa sekitar persempadanan negara.

Dalam kegiatan para penyeludup senjata api kedua dua negara antara Malaysia dan Thailand mengapa tidak digunapakai pesara Tentera bagi mendepani kes terlibat, jumlah pesara Tentera yang dibawah 55 tahun ramai jika dikerah bagi menggalas tugas tanpa perlu berlatih dengan pengalaman mereka sedia ada pastinya berupaya mencegahnya lapor beberapa badan NGO hari ini. 

Berdasarkan rekod tentera yang bersara wajib selama 21 tahun berkhidmat pastinya masih ramai mereka yang berwibawa menggalas tugas mengekang penyeludupan dadah mahupun senjata api kedalam negara menerusi setiap sempadan. 

Selain dari itu kerajaan negeri juga wajar mengatur langkah bagi memberi nasihat kepada setiap penduduk sepanjang persempadanan Sungai Golok agar tidak berdiam diri melihat atau mengenali kelibat penyeludup dadah dan senjata api.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

BERPERISAI AFV COMMANDO

"Ada Keperluan Siap Siaga Dikawasan Panas Dengan AFV COMMANDO V 150 Sepanjang Masa, Bukan Untuk Berkala Sahaja Sebaliknya Kewajaran Bagi Pemantauan Setiap Masa" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Setiap negeri yang memiliki sempadan panas dengan kumpulan pemisah atau pengganas dengan negara negara jiran harus menggunakan Perisai AF COMMANDO V 150 sebagai pertahanan sebarang kemungkinan.

Ianya penting digunapakai bagi memantau ancaman pihak pemisah mahupun pengganas yang tidak dikenali umpama musuh dalam selimut, persediaan awal sangat penting bagi mengekang tindakan penyusupan mahupun perancangan kumpulan pemisah mahupun pengganas disetiap lokasi persempadanan.

Syor beberapa aktivis masyarakat dan beberapa pesara angkatan bersenjata Malaysia berikutan keberanian pemisan amnya pengganas masa kini sanggup menembak dan mengebom pasukan polis Thailand baru baru ini ujar mereka.

Tambah mereka lagi, keberanian sebilangan perusuh dalam negara sangat merbahaya berikutan bukan sahaja bergaduh menggunakan tangan namun masa kini, mereka menggunakan senjata tajam seperti parang disamping ada juga orang luar negara masuk negara ini melakukan pelbagai jenayah menggunakan senjata api.

Dalam konteks ini, setiap kerajaan negeri perlu melengkapkan pasukan keselamatan yang bertugas sepanjang masa bagi mengelak sesuatu ancaman, selain dari itu isu pemalsuan Kad Pengenalan juga harus diberi perhatian sirius bagi mengelak Pendatang Asing tanpa izin menjadi Pengawal Keselamatan mahupun beberapa Kumpulan Sukarelawan setiap masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

 

KAJIAN PERLU KEATAS PESAWAT RINGAN

"Satu Kajian Perlu Dilakukan Keatas Pesawat Ringan Berikutan Kerap Terhempas Kata Pakar Pakar Penerbangan Serantau" 

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Perak. Semua pihak berkuasa dalam negara ini

harus mengkaji sistem penyelanggaraan semua pesawat ringan agar tidak berulang sebarang kemalangan seumpama. 

Selain dari itu semua peralatan alat ganti pesawat ringan harus diberi penelitian lebih 
terperinci agar tidak ada sebarang peralatan alat ganti yang meragukan didalam jangkamasa panjang. 

Cadangan beberapa pesara anggota keselamatan yang ditemui bagi mengulas isu pesawat ringan yang terhempas dikawasan Sungkai hari ini, malah mereka juga mengusul keperluan mengkaji latar belakang semua petugas dalam setiap pengendalian store setiap pesawat ringan setempat. 

Sehubungan dengan pendedahan ini semua kaedah penyelanggaraan pesawat ringan harus dibuat agar segala musibah dapat dihindari dari masa kesemasa bagi menghindari segala musibah mengganggu ujar mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

WASPADA KETENANGAN DI MALAYSIA

"Pujian Pelancong Ketenangan Dan Keamanan Sehingga Tidak Ada Gangguan Menjelang Subuh,  Harus Diambil Kira Dimana Lokasinya Dan Harus Beringat Jangan Tersalah Tempat Lokasi Perjalanan Nya" 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Isu berjalan diseluruh negara Malaysia harus beringat bila berseorangan, lebih lebih lagi jam 5.00 pagi pastinya ada pelbagai tempat yang tidak selamat untuk kaum wanita berjalan sendiri.

Pujian wanita dalam gambar ini bukan merangkumi semua ceruk rantau boleh menjamin keselamatan nyawa golongan pejalan kaki wanita bersendirian, ada tempat tempat yang tidak selamat  wanita berjalan sendirian walaupun disiang hari diseluruh negara Malaysia apa tak lagi pada waktu malam jelas anak asli Malaysia.

Untuk pesanan seluruh pelancong luar negara sepanjang berada didalam negara Malaysia jangan sesekali kaum wanita berjalan sendirian diluar kawasan kediaman, apa tak lagi berjalan seorang diri dipantai atau mana mana tempat yang sunyi memandangkan semua golongan penjenayah yang sentiasa mencari mangsa tidak akan tidor dalam kes kes seumpama.

Sama sama kita menjaga diri disepanjang setiap nalam agar mengelak berjalan sendirian  termasuklah siang hari jangan berjalan sendirian setiap kawasan sunyi atau jarang dilalui orang ramai.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Jumaat, 3 Mei 2024

ISU ISU TANAH SABAH

 "Rakyat Sana Sini

Dalam Negeri ini Bercakap Tanah Mereka Dirampas, Manakala Syarikat Pula Dituduh Bertanggongjawab Merampas  Tanah Rakyat"

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Sebilangan mastarakat negeri ini ghairah membangkitkan isu tanah rakyat dirampas manakala syarikat dituduh merampas tanah, ini kemelut yang kerap berlaku dinegeri ini tanpa penghujung nya namun tidak dapat dipastikan siapa benar dan siapa salah dalam konteks serupa.

Untuk rekod tanah yang dibenarkan pemilikan sementara oleh pihak berkuasa tempatan mesti memiliki surat rasmi (gambar disertakan) agar tidak ada yang berani mengambilnya, majoriti yang berlaku kes pengambilan tanah adalah antara penduduk kampung berhampiran dengan syarikat syarikat berdaftar entah dimana silapnya.

Satu persoalan berhubung dengan pengambilan tahan antara penduduk dengan syarikat berdaftar ialah mengapa kepimpinan kerajaan setempat, melibatkan Ketua Kampung, Pemimpin Pembangunan Masyarakat serta ADUN atau Ahli Parlimen yang menjaga kawasan mereka sehingga geran dikeluarkan kepada syarikat tertentu.

Bagi warga penduduk setempat pula mendedahkan mengapa dibiarkan kejadian seumpama sampai geran tanah bertukar kepada syarikat berdaftar, tanpa dituntut menerusi proses undang undang dengan mohon bantuan bersama WAKIL DUN serta WAKIL PARLIMEN mereka jika benar ianya merupakan tanah keturunan mereka ratusan tahun dahulu soal orang asli Sabahan.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes yang mendakwa tanah warisan keturunan mereka dambil pihak syarikat berdaftar;  namun Wakil Dun dan Wakil Parlimen setempat  bagai tidak dimaklumkan golongan terlibat sehingga bertindak sendiri menyebabkan pasukan keselamatan menahan golongan terlibat.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


RAMAI WARGA MENGABAIKAN JEJANTAS

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah.  Isu ramai warga mengabaikan penggunaan jejentas sebagai laluan keselsmatan jalan raya perlu disedari semua lapisan masyarakat walau apa juga status mereka. 

Pertumbuhan pembinaan JEJENTAS demi keselamatan pejalan kaki menyeberang jalan raya namun masih ramai mengabaikan nya terutama sebilangan pekerja asing, sebaliknya bila berlaku kemalangan berlanggar semasa berlari menyeberang jalan raya baharu lah  terbayang kesilapan sendiri tanpa mengguna jejentas yang disediakan.

Dalam tinjauan kru Media Terkini dekat sini, sebilangan penduduk tempatan serta pekerja asing terus mengabaikan penggunaan laluan jejentas demi mempamerkan diri mereka sangat senang menyeberang jalan berjalan kaki tanpa keraguan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

PENGGUNA KURANG TAHU HAK MEREKA

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Ramai pengguna pengangkutan awam seperti BUS MINI dilaporkan tidak tahu hak mereka selaku pengguna pengangkutan Bus Mini sehingga dipermainkan oleh sebilangan pemandu tidak bertanggongjawab 

Terdapat pengguna (penumpang) bus mini dilaporkan sesuka hati dibuang pemandu ditepi bus stop bagi menggejar penumpang dilorong jalan bertentangan sebelah yang penuh sesak bus stop, masa tersebutlah sebilangan penumpang tidak mengetahui hak mereka walaupun diarah turun pemandu bus berkenaan pada pertengahan jalan tanpa sampai kelokasi yang dituju.

Isu ini dilaporkan bukan perkara baharu malah bertahun sudah sebilangan pemandu mempermainkan penumpang dengan menurunkan mereka ditengah jalan, penumpang kena berani bersuara dengan melaporkan kepada JPJ atau mana mana Jabatan yang ada kaitan dengan Bus Mini Pengangkutan Awam negeri Sabah.

Pemandu Bus Mini tidak boleh sesuka hati menurunkan penumpang jika tidak sampai ketempat yang mereka tuju apa tak  lagi mengenakan kos tambang yang terlalu tinggi.

Sehubungan dengan paparan ini penumpang haruslah mengetahui hak hak mereka sebagai penumpang Bus Mini atau apa juga pengangkutan awam jika wujud keraguan  perbuatan pemandu bus mini disetiap Bus Stop sepanjang jalan raya yang dilalui.






Nota. Diarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam.akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Khamis, 2 Mei 2024

PEMIMPIN ISLAM MAUFAKAT TENTANG ISRAEL

Oleh. Huzera Ben

Turki. Maufakat pemimpin Turki dan Gambia dalam penentangan Israel wajar dicontohi set-
iap pemimpin negara negara Islam setiap masa. 

Maufakat kedua dua pemimpin tersebut dapat dilihat dalam setiap pertemuan mereka, namun tidak ramai yang sepakat bagi melakukan penentangan keatas kekejaman Rejim Zionis Israel dibumi Gaza dan 
Rafah. 

Antara yang kerap dibincangkan oleh Recep Tayyip Erdogan Presiden Turki dan Adama Barrow Presiden Gambia kearah memperjuangkan nasib warga Plastine di Gaza dan Rafah.

Kedua dua pemimpin nombor satu Turki dan Gambia sememangnya lantang bersuara tanpa tunduk tekanan negara barat seperti Amerika Syarikat serta kroni Israel sampai masa kini. 

Kedua dua pemimpin terlibat juga terkilan ada juga pemimpin negara Islam tetap membisu walaupun Gaza dan Rafah sudah hancur dibedil oleh Zionis Israel entah sampai bila baru menentang sesuatu kezaliman.

Sehingga berita ini ditulis Zionis Israel masih lagi terus menyerang bumi Gaza dan Rafah entah sampai bila ianya akan berakhir, tidak banyak pemimpin nombor satu negara negara Islam yang berani bersama Turki dan Gambia bersuara mendesak Israel menamatkan serangan bumi Plastine. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

SEMPADAN MUDA DIBOLOSI

Oleh. Basron Kirwan

Golok. Sempadan sungai antara Thailand dan Malaysia bukan muda dikawal tanpa kerjasama semua penduduk sepanjang sempadan bagi melaporkan segala yang mencurigakan.

Isu penyeludupan  barangan dan manusia rentas sempadan kedua dua negara terlalu sukar dikawal berikutan terdapat kumpulan yang bersubahat menjadi tonto mereka merentasi sempadan, ini menyukarkan pihak berkuasa membenteras mereka bukan sahaja sempadan Malaysia Thailand malah juga disemua sempadan negara turut serupa apa yang berlaku seluruh sempadan negara tegas mereka.

Dalam konteks ini gandaan kawalan sempadan perlu dipertingkatkan dari masa kesemasa disamping wajar memberi penerangan keatas warga sekitar sempadan agar membantu membenteras pelbagai penyeludupan ujar aktivis masyarakat tempatan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga fidalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

APA ADA DI KOTA KINABALU

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Kinabalu. Pusat sehenti bandaraya Ibu Negeri gah pada nama dan rebutan pelancong datang setiap masa, namun sesekali terancat mata memandang apabila warga dipercayai asing bebas HIDU GAM dilorong pejalan kaki hampir setiap hari. 

Bagaimana mahu sembunyikan golongan PENGHIDU GAM selagi mereka bebas berkeliaran diseluruh bandaraya Kota Kinabalu tanpa dihiraukan sebilangan orang tempatan Sabah.

Menurut aktivis warga Sabah di Kota Kinabalu, selain PENGHIDU GAM KASUT Kota Kinabalu juga dipenuhi PEMINTA SEDEKAH JALANAN juga dipercayai warga asing. 

Ada juga warga Sabah mendakwa sukar mengenali warga asing meminta sedekah memandangkan golongan terlibat tidak bercakap sepatah kata pun. 

Dua perkara yang mengganggu pemandangan masyarakat dalam dan luar negara ini melibatkan PENGHIDU GAM dan PEMINTA SEDEKAH sukar dihentikan tanpa kerjasama semua lapisan masyarakat serta pihak berkuasa tempatan.

Sehingga berita ini ditulis tidak ada tanda tanda kehilangan PENGHIDU GAM serta PEMINTA SEDEKAH diseluruh Kota Kinabalu setiap hari ujar orang ramai.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Rabu, 1 Mei 2024

UMAT ISLAM SEDIH MELIHAT MADINAH BANJIR

Oleh. Huzera Ben 

Madinah. Umat Islam dunia sedih dengan apa yang berlaku di beberapa kawasan Arab Saudi khusus 
nya Madinah yang dilanda banjir sehingga banyak kawasan ditenggelami banjir. 

Ada juga sesetengah warga menyifatkkan banjir di Arab Saudi merupakan ujian dari Allah swt agar teruji segala kesabaran berlandaskan syariat agama Isalam tanpa mengeluh, namun ada yang tidak tahu hikmah sebenar banjir berkenaan walaupun berpegang pelbagai agama dengan hanya berteka teki apakah punca nya banjir seumpama tanpa mengira negara asal mereka.

Menurut pakar agamawan setiap manusia akan ditunjuk kan ujian terbesar walaupun berbilang bangsa dan agama dimana juga muka BUMI kediaman mereka, sebaliknya tidak ramai mampu mendepani ujian dari Allah swt apa tak lagi golongan yang cetek pengetahuan agama disamping enggan merujuk pihak berkuasa.

Sama sama lah mendepani ujian dari Allah swt walau sebesar mana sekalipun sepanjang kehidupan golongan yang diuji tanpa merungut atau berputus asa. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

CABARAN KALIMANTAN BORNEO LETUSAN GUNUNG

Oleh. Helary Sukiono

Sulawesi Utara. Cabaran pemerintah mendepani letusan demi letusan Gunung Ruang tidak kira 
siang dan malam sehingga debu merebak melebihi 2,000 meter. 
Tidak siapa yang tahu sampai bila Gunung Ruang meletus sehingga menjejaskan kualiti udara seluruh penduduk kampung berhampiran. 

Setiap kenderaan awam yang terdapat sekitar pekan berhampiran mahupun rumah rumah kampung sekitar berhampiran Gunung Ruang semuanya penuh debu hasil letusan Gunung Ruang.

Sehingga berita ini ditulis belum ada laporan sebarang kemalangan jiwa dilapor akibat letusan gunung Ruang, namun ada juga penduduk berhampiran mendakwa rasa sesekali mengalami gatal kulit serta kesukaran bernafas jelas mereka.

Penduduk sekitar Gunung Ruang sedang menanti sebarang tindakan kerajaan  Indonesia dalam langkah menyelamatkan warga yang berhampiran dengan Gunung Raung demi nyawa para penduduk kampung setempat.


ANEH DAN AJAIB 

Pelik tapi benar, pelbagai jenis burung berada dibandar Kota Kinabalu tanpa takut dengan kewujudan manusia disekeliling perainggahan kediaman mereka.







Nota. Dilarang meĺmbuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

RAMAI TENTERA ISRAEL LELAH BERPERANG

Oleh. Huzera Ben 

Lubnan. Ramai sudah tentera Israel mula enggan menyerang penempatan Rafah  

berikutan kelelahan mereka mendepani pejuang Hamas, Hizbollah dan AlQassam. 

Cabaran tentera Israel terlalu banyak sepanjang berperang dengan Hamas, Hizbollah dan AlQassam akibat arahan pemimpin Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel. 

Kemusnahan semua serangan Israel di Gaza dan Rafah bukan boleh dinilai dengan wang ringgit melainkan korban nyawa, kemusnahan bangunan kediaman seluruh rakyat Plastine di Gaza dan Rafah juga tidak boleh dilipakan sepanjang hayat.

Keengganan beberapa kumpulan tentera Zionis Israel menyerang Rafah dan Gaza merupakan satu tamparan hebat kepada Benjamin Netanyahu Perdana Menteri negara Israel. 

Dunia perlu mengkaji tekanan perasaan sebilangan Tentera Israel yang kini keletihan menyerang rakyat dan perumahan penduduk Rafah dengan memberi tekanan kepada Benjamin Netanyahu kearah menghentikan peperangan keatas rakyat Plastine.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

UCAPAN KHAS PESTA MENUAI MAIK

Selamat menyambut pesta menuai tahun 2024. 

Kepada seluruh lapisan masyarakat kawasan Dun Inanam dan parlimen Sepanggar serta negeri Sabah amnya, Semoga tahun ini perpaduan dan kerjasama kita semua bertambah baik, dan erat kearah mencapai kemajuan yang diimpikan bersama dalam kehidupan yang sihat, disamping memperolehi usia yang berpanjangan.

Daripada. 

YBGH. Maik Lombou   Naib Dua Parti Bersatu Rakyat Sabah N. 18 Bahagian Inanam Dan Keluarga





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

JEJAK LANGKAH SEMINGGU

Oleh. Koijul Hairol

Isu penipuan pembayaran belian barang guna QR DITELIPON dilapor banyak berlaku dibeberapa negeri Semananjung Malaysia yang ditahan pihak berkuasa. 

Tidak semua pembayar belian barangan guna QR DITELIPON berkenaan jujur apa tak lagi jika diatas ratusan ringgit harganya,  namun sepandai pandai tupai melompat bakal jatuh ketanah juga akhirnya ketika mereka dikesan menipu.

Penggunaan pembayaran barangan menggunakan QR TELIPON  juga perlu kepakaran dikaunter kedai pembelian agar tidak tertipu dengan kumpulan penipuan kod QR TELIPON mereka. 

Sehubungan dengan pendedahan ini semua peniaga yang menggunakan bayaran QR TELIPON dikaunter wajar melatih pekerja terlebih dahulu disamping mengelak golongan pekerja asing  tanpa rekod jelas pakar akivis  masyarakat yang ditemui.


ISU JALAN RAYA LUAR BANDAR SIAPA MEMANTAUNYA? 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Ramai penduduk luar bandar yang banyak membantu membuang undi masa pilihan raya sekadar menitis air mata melihat  jalan raya mereka ditimbun pokok besar  dimusim tengkujuh.

Jika dibiarkan tanpa gotong orang kampung murah hati membersihkan nya pasti setiap kampung akan menahan jalan kaki berbatu juga tanpa ada jaminan pembaikan nya.

Kru Media Terkini banyak terima pelbagai maklumat berhubung kemunduran luar bandar yang jauh dalam kawasan bandar untuk dimajukan lebih pantas ujar orang ramai.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Selasa, 30 April 2024

PELAN PEMBAHARUAN DI KOTA KINABALU PERLU SEGERA

"Dalam Menarik Pelancong Luar Negara ke Kota Kinabalu, satu pelan pembaharuan perlu dilaksanakan menerusi pemimpin kerajaan negeri, agar tidak tidak terancat mata memandang setiap pelancong yang datang" 

Oleh. Basron Kirwan

Kota Kinabalu. Dalam misi menarik pelancong luar negara mengunjungi 

negeri Sabah  satu pelan pembaharuan perlu dilaksanakan terutama Ibu Negeri Kota Kinabalu. Pelan berkenaan ialah menggandakan penguatkuasaan membenteras pengemis jalanan, gelandangan berkeliaran setiap hari dan operasi pemandu bus mini yang memenuhi bus stop sepanjang jalan sehingga menghalang orang ramai menunggu kenderaan keluarga mereka singgah dibus stop berkenaan.

Antara yang paling ketara kes seumpama adalah semua kawasan yang termasuk dalam daerah Kota Kinabalu setiap hari cacat mata memandang dibandar dan sekitarnya, dalam konteks  ini sebilangan aktivis masyarakat Sabah mencadangkan agar semua yang merancat pemandangan mata dihentikan secara drastik tegas mereka.

Pelancong luar negara yang melihat segala gelandangan berkeliaran, penjual rokok seludup, pengemis tidak berhenti dan semua bus stop dibarisi penuh sesak pemandu tidak mematuhi undang undang tata cara dibus stop berkenaan.

Semua ini boleh menjatuhkan imej negeri Sabah jika golongan pelancong bawa kenegara mereka sebagai pengetahuan warga dinegara asal pelancong terlibat, aktivis masyarakat Sabah menggesa semua yang berlaku seluruh daerah Kota Kinabalu digandakan operasi pencegahan setiap hari agar ianya mampu dibersihkan sepanjang tempoh satu tahun akan datang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

MENGAPA KERAP SERANGAN TEMBAKAN SEMPADAN MALAYSIA THAILAND?

Oleh. Helary Sukiono dan Basron Kirwan

Selatan Thailand. Majoriti penduduk sempadan Thailand Malaysia sempadan sungai Golok,  yakin semua tembakan 

dan letupan menyerang Polis dan orang awam adalah perbuatan kumpulan pemisah. 

Kumpulan terlibat dipercayai mengamalkan ajaran

sesat disamping ada unsur pegangan fahaman kuminis, tidak hairan lah kumpulan mereka telah difahami sangat wsrga penduduk setempat dimana hanya gandaan kawalan keselamatan sahaja diperlukan.

Ada juga penduduk mendakwa kumpulan pemisah juga berpuak puak dengan matlamat baik dan ada yang sangat kejam tindakan mereka, kumpulan pemisah yang baik hanya menyuarakan pemberian kuasa outonomi selatan sempadan Malaysia Thailand pada mereka.

Sangat jauh berbeza kumpulan pemisah ganas yang asyik suka membuat tembakan dan letupan sekitar Sempadan Thailand dan Malaysia, malah kumpulan terlibat juga sentiasa berpindah randah bagi mengelak dikesan pasukan keselamatan kerajaan Thailand.

Tidak hairan lah sampai hari ini kes kes tembakan dan letupan masih terus berlaku walaupun secara berkala sahaja, warga kampung terpaksa berwaspada sentiasa terutama sepanjang malam bagi mengelak menjadi sasaran kumpulan yang ganas.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan muat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang