Sabtu, 17 Februari 2024

SABAH SEMINGGU

Oleh. Gifkir Aming

BILA MEREKA BERAKHIR

Sabah. Isu peminta sedekah bergerak membawa anak anak kecil sebagai meraih simpati orang ramai bagai tidak berpenghujung didalam negeri ini.

Malah mereka (peminta sedekah) ini begitu berani memaksa sesiapa juga orang meminta wang tanpa mengira usia muda atau orang tua, anehnya golongan peminta sedekah juga dilaporkan mempunyai sehingga 3 atau 4 kumpulan bagi bergerak didalam satu satu kawasan mereka meminta sedekah bergerak.

Kumpulan terlibat bagai diatur seseorang demi meminta sedekah bergerak disetiap bandar dan pekan tanpa orang ramai sedari dalam negeri Sabah, jika perkara tersebut tidak dibendung pasti pekerja peminta sedekah akan terus bertambah setiap hari dipelusuk negeri negeri Sabah ungkap aktivis masyarakat tempatan.

Anehnya sebilangan penduduk Sabah hanya menghulur wang kepada para peminta sedekah ini walaupun 3 hingga 4 kumpulan dalam suku bangsa yang sama, golongan warga Sabah tidak langsung mengkaji mengapa bangsa yang sama ramai menjadi peminta sedekah di Sabah tanpa bercampur bangsa lain. 

Apapun hanya orang Sabah yang menentukan sama ada mahu menghentikan peminta sedekah ini  atau terus memberi sokongan pada mereka sepanjang masa, memandangkan golongan terlibat meminta sedekah dilaporkan bukan orang asli Sabahan sebaliknya mereka tergolong dikalangan orang asing datang ke negeri ini. 



 Oleh. Jusupi Anak Kurdi

SAMPAI BILA BUS STOP JADI TERMINAL 

Sabah. Orang asli negeri ini bertanya sampai bila Semua  us Stop Menjadi Terminal Bus Mini sepanjang jalan tanpa larangan pihak berkuasa tempatan, malah para pemandu Bus Mini terlibat berlagak biadap bukan sahaja orang awam malah pada pemandu bus mini bumiputera  jika singgah ditahan penumpang.

Menurut laporan orang awam, kebanyakan pemandu bus mini yang berbaris disetiap hentian Bus Stop sepanjang jalan adalah menyewa lesen dan permit orang lain yang tidak lagi membawa Bus Mini mereka, disebabkan membayar dua sewa setiap hari mereka (penyewa) terpaksa menjadikan Bus Stop sepanjang jalan raya bagi menguasai setiap penumpang yang menunggu di Bus Stop jelas orang asli Sabah.

Menurut sumber penduduk asli Sabah, belum ada pengistiharan setiap Bus Stop sepanjang jalan raya dijadikan terminal bus mini setakat ini, Ianya hanya boleh menurunkan  penumpang dan berlalu pergi bukan nya berhenti berbaris sepanjang bus stop untuk menunggu penumpang.

Kerajaan Sabah harus bertindak tegas perbuatan menyewa permit dan lesen bus mini pada orang lain apa tak lagi status mereka meragukan, ini jelas berikutan golongan penyewa permit dan lesen bus mini akan hilang bila berlaku sekatan bersepadu dijalan raya ujar orang  asli Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan