Rabu, 28 Februari 2024

ANDA JANGAN JADI MANGSA LANGGAR SENGAJA

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Penduduk tempatan mahupun pelancong asing wajar berhati hati dengan Geng Gesel dan Langgar golongan dilapor wanita asing tanpa diketahui apa motifnya.

Kejadian tersebut dilaporkan kerap berlaku sekitar Tamu Mingguan dan Pasar Malam amnya yang kerap dilakukan perempuan asing tanpa mengira usia jelas orang ramai yang ditemui.

Pelbagai ramalan mangsa yang menjadi mangsa langgar wanita asing berkenaan jika ditegur pasti ada sesuatu perkara yang tidak diduga mungkin berlaku, sebaliknya semua mangsa yang dilanggar wanita asing hanya melarikan diri tanpa memperbesarkan isu yang bagai disengajakan oleh golongan terlibat.

Menurut orang ramai yang ditemui, kes seumpama telah bertahun lamanya dilakukan sebilangan wanita asing sekitar bandar dan pekan yang dikunjungi ramai orang, namun belum ada seorangpun dari mangsa yang menyoal perlakuan wanita seumpama demi mengelak sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Hanya peringatan semua warga yang menjadi mangsa langgar lari wanita asing, supaya berjaga jaga sahaja setiap hari diseluruh tumpuan pengunjung yang membanjir bandar dan pekan, demi mengelak sesuatu kejadian yang tidak diingini  berlaku dalam perjalanan seharian.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan