Jumaat, 9 Februari 2024

RAKYAT LEGA PULANG BERCUTI

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia yang bercuti pulang ke kampung halaman bakal mendapat subsidi perjalanan sehala dari kerajaan demi bersama keluarga mereka dikampung halaman masing masing pada tahun 2024 ini.

Ini diumum oleh  YB. Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkutan Malaysia baru baru ini dimana telah direalisasikan oleh sebuah syarikat penerbangan dalam tahun baru Cina 2024 kali ini.

Menurut YB. Anthony Loke Siew Fook lagi, antara perayaan yang mendapat subsidi jalan sehala dari kerajaan ialah, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Menuai, Hari Gawai dan Krismas demi meringankan bebanan rakyat Malaysia ujarnya.

Untuk rekod setiap rakyat yang ingin mendapat subsidi berkenaan boleh berhubung dengan agensi penjual tiket penerbangan diseluruh negara setiap kali perayaan yang tersenarai sepanjang tahun ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan