Isnin, 19 Februari 2024

GAZA DAN RAFAH TERUS DISERANG

Oleh. Huzera Ben

Rafah. Tentera Zionis Israel mengaku akan terus menyerang Gaza dan Rafah 

walaupun menjelang bulan Ramadhan nanti seperti yang dikehendaki Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel beberapa hari lepas.  

Isu serangan Israel terhadap Gaza serta Rafah dilaporkan terlalu sukar dihentikan walaupun seluruh dunia melaungkan henti serangan Gaza dan Rafah, namun Israel tetap berdegil tidak mahu tunduk dengan tekanan suara dunia melainkan jika ada tindakan perundangan dunia dijatuhkan pada kepimpinan negara mereka.

Satu lagi keajaiban pada pejuang Hamas, Hizbollah dan AlQassam ialah seringkali gagal dikesan tentera zionis Israel, walaupun mereka menggunakan teknologi perang yang tinggi hasil bantuan Amerika Syarikat namun bagai gagal mengesan pejuang jelas orang Plastine.

Kebanyakan yang gugur akibat serangan tentera zionis Israel adalah penduduk awam Plastine yang tinggal di Gaza dan Rafah tanpa dihiraukan oleh Tentera Israel, ini lah kemarahan dunia orang awam dibunuh namun semua kumpulan pejuang Hamas, Hizbollah serta AlQassam gagal dikesan keberadaan mereka.

Sehingga berita ini ditulis tidak ada sebarang tanda tanda memberhentikan serangan mereka keatas Rafah dan Gaza dengan semua mangsa korban dan cedera adalah orang awam Plastine.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan