Khamis, 29 Februari 2024

BATALKAN WARISAN BAK KUT TEH

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Hasrat mendaftar BAK KUT TEH pada permakanan Warisan Negara perlu dihentikan serta merta demi menjaga hati rakyat berbilang kaum dan agama 
agar sentiasa terpelihara aman makmur tanpa perselisihan pendapat.

Ini didedahkan oleh ahli ahli Bekas Perajurit Sabah seba-
gai mengulas isu BAK KUT TEH yang banyak mengelirukan rakyat Malaysia khususnya warga yang kurang bersekolah, disamp- 
ing mengelak dari golongan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap rakyat tidak mengenalinya. 

Apapun jenama makanan yang sudah terkenal lama dalam Malaysia sebagai HARAM BAGI ORANG Islam tidak ada kewajaran dijadikan makanan Warisan melainkan disertakan notis TIDAK HALAL BAGI UMAT ISLAM, ahli ahli Bekas Perajurit Sarawak dan Sabah juga mendedahkan ada juga peniaga makanan bukan Islam serta tidak memiliki sijil halal namun cukup notis SERVE NO PORK ramai umat Islam terpedaya memasuki kedai terlibat ujar mereka. 

Untuk menang menang dan menjaga lebih 33 juta rakyat Malaysia isu BAK KUT TEH lebih baik dibatalkan dalam makanan Warisan Negara agar tidak menjadi pertikaian orang politik sepanjang masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan