Rabu, 7 Februari 2024

HENDAK BERNIAGA BIAR TAK MAKAN RIBA?

"Hendak Berniaga Biar Jangan Makan Riba Bagi Orang Beragama Islam Dan Bertimbangrasa Tidak Mengaut Keuntungan Berganda Ganda Setiap Hari" 
Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Kumpulan peniaga bergerak dari setiap kedai dalam negeri ini diminta mengawal sistem keuntungan agar tidak berlebihan sehingga merugikan berganda orang lain. 

Ini didedahkan  warga penduduk Sabah dengan HARGA KEROPOK RM2.90 SEBUNGKUS DI KEDAI NAMUN PENJUAL BERGERAK MENJUAL RM10.00 sebungkus entah siapa arahkan kenaikan harga seumpama dalam Sabah. 

Sikap peniaga seumpama antara perbuatan yang memeras keuntungan terhadap semua orang ramai dan wajar ditolak seluruh penduduk Sabah jika tidak mahu kerugian berganda.

Untuk rekod dipelusuk daerah dalam Sabah golongan peniaga seumpama terlalu banyak setiap hari namun kebijaksanaan warga Sabah perlu bagi menolak peniaga memerah keuntungan terlalu tinggi komen penduduk yang ditemui.

Peniaga terlibat juga bijak perangkap orang ramai dengan mengedar kad kertas bertulis memerlukan bantuan kewangan untuk keluarga dengan tulisan sendiri, ianya menjadi kemarahan dan rasa tidak puas hati  seluruh penduduk warga Sabah akibat rasa tertipu pada harga jualan berganda ganda sedangkan sebungkus  cuma dibawah RM3.00 sahaja. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala  Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan