Ahad, 11 Februari 2024

MADU TUALANG DAN KELULUT DICIPLAK KAUT UNTUNG?

"Madu Tualang Dan Madu Kelulut Kini Membimbangkan Warga Penggemarnya Berikutan Pendedahan Akbar Nasional Baru Baru Ini, Bahawa 90
Peratus Produk Ini Dipasaran Adalah Tiruan Atau Diciplak Bagi Mengaut Keuntungan Yang Tinggi"  

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Isu 

Madu Tualang serta Madu Kelulut yang dilaporkan sering diciplak golongan warga yang sekadar mengaut keuntungan berlebihan melalui iklan laman sosial yang tidak sahih.

Ramai penciplak Madu Tualang dan Madu Kelulut tidak mahu mempromosikan produk mereka dalam akbar akbar yang berdaftar berikutan sesuatu keraguan mereka dalam sistem pengiklanan, tidak hairan lah mereka gunakan media sosial peribadi mereka bagi mempromosi Madu Tualang dan Madu Kelulut  ciplak sebagai memperolehi pelanggan terbanyak. 

Untuk rekod terlalu ramai penjual Madu Tualang  diseluruh nusantara namun sarang Madu Tualang tidak terlalu banyak sepanjang tahun dikawasan Nusantara, persoalan nya dari mana semua Madu Tualang  diperolehi sehingga melambak diseluruh Asia sedangkan Madu Tualang tidak ada yang memeliharanya.

Demikian juga Madu Kelulut walaupun banyak golongan penternaknya namun masih juga ada yang menciplaknya  sebagai jualan mengaut keuntungan  berganda setiap hari, ini lah sikap warga yang perlu dijauhi apa tak lagi  sikap tamak golongan penjual ciplak dimerata tempat tanpa rasa bersalah menipu pelanggan yang membelinya.

Semua penggemar Madu Tualang dan Madu Kelulut  harus bijak memilih pembelian tersebut dipasaran apa tak lagi jika penjualnya tidak dikenali, para penternak juga harus berwaspada jika menjual  pada pemborong untuk dijual semula agar berwaspada demi mengelak  sistem  menciplak produk terlibat. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan