Selasa, 20 Februari 2024

BERSAING MERAIH SOKONGAN PERLU USAHA

"Rakyat Menunggu Persaingan Semua Pemimpin Parti Politik Dalam Keupayaan Mereka Meraih Sokongan Rakyat Tanpa Meng
gunakan Orang Tertentu Sampai Rakyat Jelata Terus Terabai" 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Rakyat jelata berdaftar sebagai pemilih mengingatkan sebilangan pemimpin, agar menemui segenap rakyat berdaftar sebagai pemilih tanpa mengamalkan, penggunaan individu orang perantara jika mahu memperolehi sokongan undi segenap lapisan rakyat.

Saranan ini disampaikan rakyat keatas kepimpinan parti memerintah mahupun parti pembangkang, demi mengelak orang tengah bermain wayang tanpa sampai kepada rakyat secara keseluruhan, apa tak lagi melibatkan penduduk yang tinggal jauh sehingga keluar bandar dengan harapan orang politik temui mereka.

Politik masa lalu menggunakan orang tengah menjadi perantara peraih sokongan undi rakyat pada pemimpin bertanding, namun masa kini lebih banyak rakyat jelata mengaku tidak mahu lagi menurut telunjuk politik orang tengah, yang dipercayai hanya mementingkan diri sendiri tanpa benar benar berjuang untuk rakyat setempat.

Untuk rekod bagi segenap rakyat seluruh negara semua parti politik antara pemerintah dan pembangkang serupa sama baik, namun kecacatan parti politik berpunca dikalangan sistem orang tengah yang banyak sekali mengeciwa rakyat jelata luar bandar.

Dalam kemelut ini semua pemimpin tertinggi khususnya Presiden Parti mendengar suara rakyat jelata ini, jangan terlalu menyerahkan sepenuhnya keyakinan terhadap orang tengah tanpa mendengar luahan  rakyat jelata semasa. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan