Selasa, 13 Februari 2024

MENGAPA SANGGUP PAMER DIRI?

"Ada Orang Tunjuk Alim Sesekali Didalam Negara Berkonsepkan Islam, Namun Menukar Perwatakan Diri Hampir Berbogel Bila Bercampur Orang Barat" 

Oleh. Helary Sukiono

Australia. Sungguh terkejut sebilangan warga sanggup mempamerkan separuh tubuh menjadi tontonan umum bila berada dinegara asing tanpa ingat asal usul diri mereka.

Ini lah pendedahan sebilangan warga bila ada orang diluar negara mengaku wanita namun mempamerkan tubuhnya menjadi tontonan orang ramai.

Berpakaian wanita ditepi kolam renang dengan hanya berbikini menjadi tumpuan mata orang ramai menonton, sehingga empunya diri tidak sedar umpama lupa asal usulnya dan selamba merenung jauh mungkin menanti hari esoknya.

Apapun ramai wargatua berpesan semua warga nusantara agar jangan sesekali melupakan asal usul seseorang walau dimana pun berada, kelak kita semua bakal menempuh pelbagai dugaan didalam dunia yang mungkin tidak tertanggung jika tidak menginsafi diri sedari awal yang memberi barakah terbaik.


 BUMI SABAH TERUS MENONTON JALAN DHAIF 

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Ramai warga luar bandar negeri ini khususnya pendalaman masih menonton jalan raya tanah merah dan jalan gravel walaupun kini ditahun 2024.

Menurut penduduk luar bandar yang ditemui, mereka tidak tahu sampai bila kebanyakan jalan raya luar bandar terbiar tanpa pengamalan, yang tanah merah juga terus berlumpur dimusim tengkujuh sehingga petani dan pekebun tidak mampu membawa hasil jualan untuk dipasarkan ujar warga pendalaman.

Semua pemimpin dikawasan luar bandar yang banyak jalan raya belum berturap perlu berusaha walaupun merayu pada kerajaan pusat perpaduan memohon peruntukan, jangan sesekali abaikan kepentingan warga penduduk luar bandar yang terus setia menyokong kerajaan sehingga kehari ini namun masaalah rakyat diabaikan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan