Ahad, 11 Februari 2024

ISU JALAN RAYA SABAH TIADA KESUDAHAN?

"Penduduk Sabah Mula Hairan Mengapa Jalan Raya Luar Bandar Terus Terbiar Sampai Kehari Ini" 

Oleh.Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kemelut jalan raya luar bandar dinegeri Sabah nampaknya sangat mer-

runsing, walaupun kerajaan persekutuan setiap tahun ada memberi peruntukan kewangan bagi pembinaan dan pembaikan jalan raya dinegeri tersebut. 

Menurut pemerhati alam sekeliling negeri Sabah, kerajaan negeri perlu mengutamakan semua jalan raya luar bandar demi meringankan bebanan warga kampung memasarkan hasil tani mereka, selain dari itu pengawalan perlu disegerakan mana mana jalan berbukit terlebih dahulu laluan perhubungan penduduk kampung ujar mereka. 

Dalam situasi jalan berlumpur diluar bandar, bagaimanakah pekebun dan petani membawa jualan mereka kepekan sebagai sumber pencarian mereka, malah pekebun dan petani mendakwa jika tidak mampu membawa  jualan mereka bagaimana mahu membeli barang makan keluarga kami ujar mereka.

Dengan pendedahan ini kerajaan Sabah perlu mengutamakan semua jalan raya dikawasan luar bandar agar dapat dibina  dan dibaiki secepat mungkin.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan