Khamis, 29 Februari 2024

APAKAH PERNIAGAAN MEREKA DILORONG JALAN

"Setiap Hari Duduk Santai Dilorong Pejalan Kaki Tepi Bangunan Kedai Dan Lorong Ditengah Bangunan Kedai, Kumpulan Terlibat Adalah Golongan Wanita Tidak Diketahui Apa Urusniaga Yang Mereka Jalankan" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi  

Sabah.  Ramai orang bertanya sesama sendiri apakah urusniaga yang dilakukan kumpulan wanita yang berkumpul duduk setiap lorong pejalan kaki dan tepi tepi kedai bagi negeri ini. 

Kebanyakan  wanita yang dilaporkan berdudukan tepi bangunan Kedai, lorong lorong pejalan kaki  adalah berpakaian ketat senda seksi bagi menarik orang ramai mendekati mereka.

Menurut sumber orang ramai wanita wanita terlibat hanya mengeluarkan kertas kertas kecil kepada orang yang mengelilingi mereka, ini menimbulkan pertanyaan warga Sabah apakah urusniaga mereka sehingga sukar dikesan dengan pandangan mata kasar tanpa pengesanan terperinci.

Sehingga berita ini ditulis, isu wanita duduk berkumpulan disetiap lorong semakin bertambah namun belum ada orang mendedahkan kerjaya mereka lebih jelas.

Hanya ramalan warga Sabah mendakwa kertas kertas yang diberi kepada pelanggan terlibat mengerumuni mereka adalah nombor ekor gelap dan kertas judi Wahui yang cukup digemari penduduk Sabah tanpa sebarang lesen dan cukai urusniaga mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan