Khamis, 15 Februari 2024

PEMILU INDONESIA SIAPA MENANG?

"Pemilu Negara Indonesia Menjadi Teka Teki Siapakah Bakal Pemenangnya Berikutan Bahang Persaingan Terlalu Panas" 

Oleh. Helary Sukiono 

Kalimantan Timur. Kebanyakan warga Kalimantan meramalkan gandingan Prabowo Subianto dan anak Joko Widodo  mampu menang bagi kawasan mereka, namun terlalu sukar meramalkan warga Indonesia diluar negara, seluruh Jakarta, Bandung, Bali serta Tanah Toraja.

Sungguhpun ada ramalan Prabowo Subianto dan bandingannya sudah mendahului kiraan undi masa kini namun masih banyak undi belum dikira serta ada pengundian ditangguh akibat musim banjir di beberapa kawasan negara ini. 

Persaingan tiga penjuru merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Indonesia  dilaporkan sangat sengit namun sukar diramal siapakah pemenangnya?, kumpulan penyokong calon yang memperolehi undi tercorot kebawah sudah melakukan protes bantahan dengan berarak tunjuk perasaan walaupun semua proses berjalan telus ujar para petugas PEMILU. 

Pakar pemerhati politik Indonesia diluar negara meramalkan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka mempunyai kelebihan untuk menang dalam pilihan raya tersebut, walaupun pelbagai tekanan diperolehi namun semua pengundian mampu menentukan siapa juga pemenang sehingga saat akhir diumumkan keputusan pemilu tersebut. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan