Isnin, 12 Februari 2024

LAUNGAN MEMBIDAS ISRAEL BAGAI TIDAK MENGGUSARKAN

"Israel Umpama Kebal Dalam Menyerang Seluruh Gaza Sehingga Ke Rafah, Tanpa Tunduk Terhadap Tekanan Dunia Agar Menghentikan Sera-
ngan Di Bumi Gaza Sehingga Kini" 

Oleh. Huzera Ben

Rafah. Beratus orang terbunuh dalam serangan Israel dibandar Rafah hari ini tanpa tunduk dengan pelbagai suara tekanan negara negara kuasa besar sampai masa kini.

Kebanyakan penghuni dibandar Rafah ada lah rakyat dipinggir Gaza yang melarikan diri semasa serangan Israel penghujung tahun lepas 2023, namun sebaik sahaja penduduk dipinggir Gaza melarikan diri ke  bandar Rafah ini Israel terus menukar serangan ke bandar Rafah.

Sikap kejam Israel  terus menjadi kutukan negara negara serantau  dunia namun langsung tidak dipedulikan oleh Israel umpama sikap pengganas membunuh orang tidak bersalah. 

Menurut para pemimpin negara Islam, siapa kah yang mampu menghalang Benjamin Netanyahu dari memerangi rakyat Plastine di Gaza dan Rafah, tentu sekali tidak ada yang mampu menghalangnya melainkan dunia menghukum pemimpin Israel agar dipenjara atas kekejaman pengganas jelas mereka.

Sehingga berita ini ditulis tentera Zionis masih menggempur bandar Rafah sehingga ramai kanak kanak dan wanita terkorban akibat serangan udara Israel tanpa perikemanusiaan,  ini langsung tidak mempamerkan Zionis Israel mampu membunuh Pejuang Hamas, AlQassam dan Hizbollah pada setiap kali mangsa terbunuh diambil pasukan perubatan tempatan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan