Jumaat, 5 Julai 2024

SABAH SELANGKAH

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Benarkah warga Sabah tidak mengenali tanah warta kampung dengan tanah kerajaan?, satu persoalan yang sukar dirungkai memandangkan setiap daerah dan ada pegawai kerajaan dilantik melainkan mereka yang tergolong Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). 

Sudah sampai masanya orang Sabah mengenali status tanah kerajaan dan status tanah perkampungan yang disediakan oleh kerajaan sejak sekian lama, sikap sesuka hati membina rumah pada tanah kerajaan merupakan perbuatan yang menyusahkan keluarga  sendiri dalam jangkamasa panjang.

Tidak mungkin pemimpin kerajaan diperingkat kampung dan daerah berhampiran tidak tahu setiap kawasan tanah kerajaan dalam kawasan mereka, ianya perlu diterangkan golongan pemimpin kampung dan daerah sebelum rakyat mendirikan rumah mereka dengan penuh kepayahan. 


 RAMAI WARGA SEMBUNYI JALAN ROSAK ? 

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Kinabalu. Pelik tapi benar ada orang sengaja menyembunyikan  semua masaalah kerosakan jalan raya mereka dari pengetahuan umum.

Sebaik  ditinjau oleh para jurugambar bebas terlalu banyak  jalan yang terputus akibat hujan dan banjir kilat pada 30 Jun hingga 2 Julai 2024 jelas orang ramai.  

Lumrah sebilangan warga sengaja menyembunyikan jalan raya terputus sekitar perumahan atau perkampungan mereka didalam negeri ini entah apa sebabnya.

Sama sama lah kita menghebahkan segala masaalah yang ditempuhi warga sekeliling agar tidak tersembunyi dari pemantauan kerajaan negeri mahupun peringkat persekutuan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan,  pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan