Isnin, 22 Julai 2024

RAMAI ORANG POLITIK CAKAP TAK SERUPA BUAT

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Ramai pemimpin parti politik Sabahan yang melaungkan membantu rakyat jelata mereka terutama golongan yang susah, namun segala yang diungkapkan hanya janji manis dan kosong berikutan warga sakit sekalipun golongan terlibat berdalih membantu.

             Ada juga orang parti politik Sabahan yang dihubung orang susah memohon bantuan sebagai kos perubatan langsung tidak menjawab, namun dalam kata laungan perjuangan akan sentiasa menghulurkan bantuan terhadap penduduk yang kurang mampu apa tak lagi orang sakit dan warga emas. 

             Selain dari itu ada juga pemimpin parti politik Sabahan langsung tidak menghiraukan warga emas yang kerap membantu mereka setiap menghadapi pilihan raya, sebilangan rakyat Sabahan mendepani penyakit yang sukar berjalan  golongan pemimpin parti politik Sabahan terus membisu tanpa jawapan dari golongan tertentu.  

          Permainan kata kata manis sebilangan pemimpin parti politik Sabahan membuatkan ramai rakyat jelata keciwa dan membisik naluri mereka tidak sokong parti tidak membantu, malah ramai warga Sabah memilih untuk berdiam diri masa pilihan raya negeri jika sikap pemimpin politik Sabahan sekadar bercakap manis tanpa usaha membantu rakyat yan susah serta wargatua.

            Sehubungan dengan paparan ini rakyat digesa menolak pemimpin parti politik Sabahan yang enggan membantu orang susah, sebaliknya lebih baik memilih pemimpin parti Malaya jika sentiasa bermurah hati membantu rakyat Sabah yang sangat memerlukan bantuan mendesak.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

            
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan