Selasa, 23 Julai 2024

RAKYAT SANJUNG PRIHATIN ORANG SUSAH

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kota Kinabalu. Penduduk Sabah wajar memilih pemimpin yang prihatin orang susah tanpa memilih kaum darjat dan agama, malah status orang tidak dikenali sekalipun jika ada orang memberi laporan wajar mendapat sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka.

          Antara pendedahan Encek Dairi Manuel penduduk Telipok Darat sebagai menjelaskan usaha Datuk Yakub Khan Adun Kerambunai yang kerap membantu pesakit warga emas masa kini, berbanding beberapa pemimpin parti politik tempatan Sabahan yang pernah dihubungi memohon bantuan namun langsung tidak memberi jawaban katanya.

           Menurut Dairi Manuel yang menghubungi Media Terkini Harian, sekali watsap sahaja Datuk Yakub Khan yang juga Ketua UMNO Bahagian Parlimen Sepanggar terus menghulur bantuan golongan yang memerlukan mendesak ujar beliau.

         Dairi Manuel mengajak warga miskin Parlimen Sepanggar supaya menilai tanggongjawab pemimpin politik yang berjiwa rakyat agar disokong sepanjang masa, sebilangan pemimpin politik Sabahan yang sering bermanis kata dipercayai memilih orang tertentu sahaja untuk diberi bantuan katanya.

           Media Terkini Harian Malaysia yang sentiasa melakukan pemantauan situasi politik Sabahan dimaklumkan terlalu banyak pemimpin parti bercakap mendekati rakyat, namun tindakan membantu  warga yang miskin dan sangat dhaif kehidupan mereka sukar dilihat walaupun dihantar laporan penuh ujar orang yang ditemui masa kini.




Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan