Isnin, 8 Julai 2024

RAMAI ORANG POLITIK KURAN MESRA MEDIA MASA

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Permaufakatan rakyat dalam negeri ini sukar disatukan berikutan sebilangan pemimpin parti politik, masih mengamalkan sikap pilih bulu mendampingi rakyat jelata setiap kali mereka melawat desa mahupun rakyat kota. 

Ini diakui golongan warga penduduk yang ditemui sebagai ulasan mereka berhubung pemimpin parti politik tempatan, malah ada pemimpin parti politik Sabah yang enggan menyambut telipon mereka dalam masa rakyat menghubungi mereka .

Kes sebilangan pemimpin parti politik tempatan dilaporkan pilih kasih sejak sekian lama tanpa perubahan sampai kehari ini , anehnya setiap kali  menyampaikan teks ucapan bunganya sungguh baik konon nya sentiasa prihatin  terhadap semua rakyat jelata.

Ungkapan kata kata dalam ucapan umum mereka tidak mencerminkan watak dalam diri sebenar semasa rakyat jelata menelipon mereka, tidak hairan lah rakyat jelata Sabah masih terus berpecah memilih pemimpin parti politik yang sedia menerima panggilan telipon serta menerima suara hati mereka.

Kru Media Terkini bersama beberapa penduduk Sabah yang cuba menelipon talian sebilangan pemimpin bahagian parti politik Sabah turut tidak disambut, demikian juga beberapa pemimpin kerajaan Sabah yang cuba dihubungi langsung tidak menjawab malah ada yang marah dihubungi talian handphone mereka.

Tidak hairan lah politik Sabah disifatkan rakyat jelata mereka sukar bermaufakat satu perjuangan selagi pemimpin bahagian terus memilih rakyat jelata untuk ditemui.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatviklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan