Rabu, 31 Julai 2024

KEMPEN PLASTIK MAMPUKAH MENGURANG SAMPAH?

Oleh. Gifkir Aming

Kota Kinabalu. Kempen tidak ada bakul plastik berjayakah mengurang sampah dari sumber plastik seluruh kawasan Kota Kinabalu?. 

           Isu ini menjadi bualan hangat seluruh warga dikawasan Kota Kinabalu menjelang 1 Ogos 2024, ramai masyarakat persoal kempen tidak ada bakul plastik namun botol mineral plastik masih bebas dijual tanpa beza dengan bakul plastik habis isi tetap juga dibuang ujar mereka.
        
              Menurut penduduk daerah Kota Kinabalu, kempen anti Sampah Bakul Plastik lebih berkesan jika rondaan ketat dibuat dan setiap pembuang bakul plastik dikompaun mengikut perundangan pihak berkuasa.

           Semua langkah menghentikan bakul plastik tidak tepat berikutan botol plastik mineral  weter masih bebas dijual, sebaik sahaja air dalam botol habis diminum tetap juga orang ramai membuangnya dimerata tempat dan lebih  parah timbunan nya berbanding bakul plastik.

          Sehubungan dengan paparan ini pihak berkuasa tempatan wajar mengkaji keperluan warga Kota Kinabalu,  berhubung dengan keperluan orang ramai menggunakan bakul plastik setiap hari bagi membeli belah disetiap kedai dan pasar dalam jangkamasa panjang.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan