Ahad, 7 Julai 2024

UNTUNG BERLIPAT GANDA SIAPA TAHU

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Ramai orang marah dengan kerajaan Malaysia berhubung kenaikan harga makanan, namun tidak ramai menyedari mereka diperhambakan peniaga cekik darah mengaut untung berlipat ganda dalam negeri ini. 

Bayangkan Ikan Masin ini dilaporkan boleh dibeli murah dari penjual ditamu mingguan, namun sampai ke tangan kedua harganya sudah umpama 3 kali ganda dari harga ditamu mingguan berkenaan. 

Orang ramai yang membeli ditangan penjual kedua sudah mula membidas kerajaan Malaysia tanpa membidas penjual kedua cekik darah, ini lah perlu disedari rakyat Malaysia di Sabah agar jangan salahkan kerajaan bila mana harga pertama Ikan Masin RM9.00 namun dijual kedua dengan RM18.00 sudah lapor warga desa.

Bukan ini sahaja yang berlaku dalam Sabah, ramai peniaga yang membeli  jualan perniagaan mereka tidak menyimpan reset belian agar muda menaik harga jualan kepada orang ramai, sungguhpun tidak semua peniaga cekik darah namun lebih ramai penjual cekik darah berbanding jujur dalam harga jualan untung mereka.

Semua yang berlaku ini wajar disedari orang ramai agar tidak menuding kemarahan terhadap kerajaan, bayangkan harga belian murah namun harga jualan diganda sehingga dua kali walaupun dihantar kepermis mereka. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkimi Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan