Sabtu, 13 Julai 2024

SOROTAN SEMINGGU

Oleh. Tedung Selar

Inanam. Ramai pengunjung ke Dun Inanam tertanya tanya apakah dibuat warga duduk beramai ramai buat disegenap lorong pejalan kaki setiap hari tanpa henti. 

Saban hari mereka bukan sahaja dilorong hadapan kedai berdudukan malah ada yang sampai ke lorong belakang kedai berkumpulan, situasi ini menimbulkan tanda tanya khususnya pelancong yang bertandang kepekan kedai Inanam pasti kaget melihat didepan mata.

Menurut beberapa peniaga kedai yang ditemui enggan disebut nama, lorong depan kedai laluan pejalan kaki adalah kumpulan penjual perjudian gelap manakala lorong belakang pula adalah kumpulan peminum arak, mereka ini dilaporkan bukan muda mahu mengesan berikutan belum sampai  penguatkuasa sudah penjual judi gelap melarikan diri.

Bagi peminum arak pula mereka hanya boleh dilihat apabila sudah mabuk baring dilorong belakang kedai, selagi kumpulan terlibat belum tumbang mabuk mereka masih laju melarikan diri jika ditegur pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan dengan pendedahan ini semua pihak harus berganding bahu menghapuskan perjudian gelap serta kumpulan peminum arak dikhayalak orang ramai wajar dihentikan demi nama baik kerusi DUN Inanam.


 PANTAU  BERTERUSAN SEPANJANG JALAN RAYA 

Oleh. Koijul Hairol

Telipok Darat. Warga mukim Telipok Darat meminta pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau tiang letrik dan tiang telipok agar tidak berlaku tumbang menyembah bumi seperti hari ini pada awal subuh.

Dalam kejadian tersebut dilaporkan beratus kenderaan tersadai tidak boleh melintasi tiang letrik dan pokok kayu tumbang diatas jalan raya, mujur lah tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku namun para pekerja swasta yang bertugas tidak dapat meneruskan tugasan meraka seharian.

Dalam konteks kes seumpama pihak berkuasa tempatan perlu menggandakan pemantauan setiap laluan jalan raya, ini perlu bagi mengelak kejadian hari ini berulang apa tak lagi masa kini musim tengkujuh berangin.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan