Selasa, 16 Julai 2024

PLASTIK TERBAHARU

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah.  Pemansuhan penggunaan bakul plastik sejak beberapa bulan yang lepas terjawab sebaik timbul bakul plastik terbaharu dipasaran tempatan. 

       Bakul Plastik terbaharu ini dilaporkan masih diperingkat percubaan pasaran dengan harga ada mahal sedikit jelas para penjual bakul plastik tersebut. 

         Semua plastik  yang digunakan terdahulu akan dihentikan serta merta pada bulan Ogos ini dan bakal diganti dengan plastik baharu tidak dipastikan apa sebabnya.

           Menurut warga pengguna yang ditemui, jika plastik baharu lebih mahal berbanding semua plastik lama, ianya bakal menjejaskan sumber kewangan rakyat apa tak lagi jika kurang pemantauan dikalangan para peniaga yang menukar plastik baharu.

            Para pengguna juga mencadangkan kepada kerajaan Sabah supaya menyeragamkan harga antara plastik lama dan baharu demi meringankan bebanan rakyat miskin didalam negeri Sabah.

           Sehingga berita ini ditulis ramai sudah peniaga ditemui mendakwa plastik baharu yang bakal menggantikan semua plastik lama pada 1 Ogos 2024 memang harga mahal berbanding plastik lama ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan