Isnin, 8 Julai 2024

SELANGKAH SEMINGGU

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah.  Ramai warga persoal wanita bertudung berkerja direstoran bukan milik Islam namun ianya lumrah sentiasa kelihatan diseluruh negeri ini.

Pelanggan nya kelihatan berbaris setiap restoran bukan Islam yang dipenuhi pekerja wanita beetudung termasuklah para pelancong asing, malah ada pelanggan yang sanggup berdiri menunggu berjam lamanya sehingga ada ruang kosong didalam restoran berkenaan setiap hari. 

Ini didedahkan beberapa pelawat umat Islam yang melihat sendiri restoran berkenaan setiap hari sampai tak putus pelanggan  membanjiri restoran berkenaan, malah dihari kelepasan sudah pasti restoran berkenaan terus menjadi tumpuan khususnya para pelancong asing sehingga sesak berbaris dilorong pejalan kaki.

Adakah restoran wanita bertudung berkenaan telah  mendapat Sijil HALAL dari JAKIM atau sebaliknya mereka terus berkerja walaupun tidak halal?, ini lah persoalan yang dipaparkan sebilangan umat Islam Sabah sebagai tatapan pemimpin Islam seluruh negara agar umat Islam terpelihara akidahnya. 

Adalah mustahil tiap hari pulang dari berkerja restoran tidak halal semua pekerja mandi suchi wajib sebagai umat Islam, semoga semua warga Sabah berfikir kerjaya mereka yang beragama Islam tidak tersasar menyentuh makanan tidak halal sepanjang masa bekerja.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan