Jumaat, 26 Julai 2024

GERAK KERJA SAMPAI KE RAKYAT JELATA

Oleh. Basron Kirwan

Sabah.  Umno dan BN Sabah msih mampu meraih sokongan semua lapisan rakyat jika jentera prti terus mengekalkan turun padang menemui semua rakyat jelata.

              Umno dan BN tidak perlu gopoh gapah melaungkan politik jika  tidak berusaha turun padang bagi menemui semua rakyat tanpa mengira darjat, dengan langkah terus turun padang mendekati rakyat jelata tanpa henti segenap lapisan rakyat berdaftar sebagai pengundi penuh penerangan misi perjuangan mereka mampu menerimanya.

              Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO merangkap Pengurusi Barisan Nasional sangat komited  mendekati seluruh kepimpinan Umno, ianya wajar direalisasikan oleh seluruh pemimpin Umno dan BN disetiap bahagian serta cawangan agar rakyat tidak meninggalkan perjuangan mereka.

               Menurut rakyat jelata yang ditemui terdapat penduduk Sabah yang meninggalkan BN akibat wujud rasa keciwa mereka dengan sebilangan pemimpin tidak menemui rakyat, malah ada juga terpengaruh dengan undangan parti lawan menyertai mereka dengan perjuangan kenegerian Sabahan walaupun semua parti kompenan BN dipimpin oleh semua anak Sabah.

               Media Terkini dimaklumkan bahawa BN Sabah dianggotai  oleh UMNO, PBRS, MIC dan MCA sejak sekian lama, namun hanya beberapa orang sahaja pemimpin BN Sabah khususnya diperingkat bahagian dan cawangan menjawab mesej  yang dikemukakan Media Terkini Harian Malaysia hingga kini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan akbar Media Terkini Harian Kuala Lumpur.  Editor







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan