Ahad, 14 Julai 2024

UMNO PERLU TURUN PADANG BERSAMA RAKYAT

Oleh. Basron Kirwan/Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. Saranan semua kepimpinan UMNO bergerak mendampingi seluruh ahli diperingkat bahagian dan cawangan, oleh Datuk Sri Johari 
 Abdul Ghani Naib Presi-

den UMNO wajar dilaksanakan seluruh ahli Umno bermula dari masa kini. 

Umno perlu melaksanakan saranan tersebut jika mahu meraih sokongan penuh bagi memenangi pilihan raya umum ke 16 akan datang, bagi negeri Sabah untuk memenangi PRN akan datang UMNO dan BN  wajar berkerja mendampingi rakyat tanpa sebarang alasan bermula juga dari masa kini.

Majoriti pemimpin tertinggi UMNO sudah memperlihatkan daya usaha mereka mendampingi segenap ahli UMNO diseluruh negara, namun masih ada maklumat diperingkat cawangan dan bahagian kurang aktif turun padang keakar umbi menemui ahli dan rakyat jelata.

Kru Media Terkini harian Malaysia yang menjelajah seluruh negara dimaklumkan  ramai rakyat berbelah bahagi  dalam memilih politik masa kini, hanya Sarawak yang berada didalam politik selesa pimpinan Gabungan Rakyat Sarawak manakala Sabah masih dalam delema pilihan rakyat setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan