Sabtu, 20 Julai 2024

BUSANA DAN BAHASA MEREKA UNIK

 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Rakyat Malaysia amnya pelancong luar negara perlu tahu, busana dan bahasa mereka indah dan unik jika bergabung didalam pelbagai majlis. 

     Melihat busana mereka bila digabungkan pemakaian pasti sedap mata memandangnya apa tak lagi, masyarakat mendengar loghat bahasa mereka digabungkan amat sedap didengar dan sukar hendak mengenali kaum mereka.

          Ini lah (gambar) dua etnik bergabung didalam sesuatu majlis keramaian pasti ramai tertarik dengan busana pakaian mereka, selain dari itu apabila mereka berbual pastinya sedap didengar apabila gabungan bahasa dituturkan warga sekeliling akan tertarik mempelajarinya.

           Inilah dua etnik bergabung Etnik Bundu Liwan  Dalam Sesuatu Majlis Keramaian  pasti ramai mahu mendapat ukiran busana  dan belajar bahasa mereka, loghat bahasa Bundu Liwan terlalu jauh perbezaan nya dimana Bundu Kasar Sedikit manakala etnik Liwan halus lembut bahasa mereka.

            Menurut kumpulan etnik tersebut, memandangkan masa kini sudah bercampur kekeluargaan etnik Bundu Liwan akibat perkhawinan generasi keturunan mereka, sudah ramai yang menggunakan gabungan bahasa mereka menyebabkan terbentuk lagi etnik gabungan  nama Bundu Liwan  berpunca pada  penggabungan dua bahasa berbeza ujar mereka. 

         




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran akbar Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan