Khamis, 25 Julai 2024

TREND BARU PEMANDU BUS MINI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu. Trend sebilangan pemandu bus mini sambil memandu sambil bercakap telipon antara perbuatan terbaru mereka, mereka melakukan perbuatan tersebut berikutan mahu mendapat maklumat dari rakan rakan mereka jika ada penguatkuasa melakukan operasi  sepanjang jalan. 

        Terdapat golongan 
yang bersekongkol mel 

indungi mereka mengingatkan jika ada operasi mengesan pemandu bus mini tidak lengkap agar bersembunyi sepanjang operasi terlibat. 

         Perkara ini didedahkan sebilangan aktivis masyarakat Sabah sebagai mengetengahkan perbuatan yang boleh membahayakan penumpang sepanjang jalan raya laluan mereka, malah golongan yang melindungi pemandu bus mini tidak lengkap dokumen sebagai pemandu Bus Mini pengangkutan awam ujar mereka.

             Perbuatan mereka sambil memandu sambil bercakap dengan telipon menerusi panggilan watsap sungguh membahayakan orang lain, golongan terlibat juga menggunakan bahasa yang ganjil berbanding dengan bahasa warga asli Sabahan sehingga menimbulkan syak wasangka.

              Sehubungan dengan pendedahan ini, semua pelamggan yang menggunakan bus mini pengangkutan awam wajar memilih bus yang lengkap dokumen, setiap bus mini yang sanggup berbaris dan kerap bergaduh dengan bus mini yang bukan rumpun sekawan mereka setiap hari perlu dijauhi demi keselamatan nyawa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan