Ahad, 7 Julai 2024

BERAPA RAMAI AHLI UMNO YANG SETIA?

 Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Senarai ahli parti UMNO  yang banyak tidak mencerminkan kekuatan parti selagi belum menang dalam setiap pilihan 

raya, langkah seumpama perlu disedari semua kepimpinan UMNO Bahagian serta diperingkat cawangan sepanjang masa lima tahun pilihan raya berjalan. 

Keahlian UMNO juga wajar mempamerkan ketelusan kesetiaan kejujuran dan kebertanggongjawaban didalam parti demi mengembalikan kegemilangan UMNO, para pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan harus benar benar menitikberatkan kepentingan semua ahli tanpa wujud pilih  bulu jika mahu UMNO berkuasa semula.

Antara intipati seruan para pemimpin tertinggi UMNO sebagai langkah memartabatkan kegemilangan dan sokongan  semua ahli tanpa berbelah bahagi, namun mampukah sebilangan pemimpin bahagian serta cawangan merealisasikan seruan ini didalam menggalas tanggongjawab mendampingi semua warga UMNO diseluruh negara ini.

Langkah utama kepimpinan bahagian dan cawangan UMNO adalah menyampaikan amanat ini kepada seluruh ahli mahupun rakyat jelata matlamat mengapa bertahan didalam parti tersebut, selain dari itu pemimpin UMNO bahagian dan cawangan perlu memiliki keupayaan menangkis segala dakyah musuh musuh politik mereka dan bukan nya muda diperdaya meninggalkan parti tersebut.

Dalam situasi seumpama segala usaha kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia mampukah dilaksanakan oleh pemimpin bahagian serta cawangan mereka?, sesuatu yang sukar diramal memandangkan setiap kali pilihan raya berjalan sokongan pengundi kian menurun didalam kawasan yang ditandingi ujar beberapa pemerhati politik. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan