Isnin, 8 Julai 2024

JANGAN LUPAKAN MEREKA YANG PERGI

Oleh. Mat Qeyyim Hazemi Hamid

Insan warga seluruh nusantara perlu bersikap terbuka dengan semua golongan yang sudah pergi agar terus mengunjungi setiap pusara mereka yang ada kaitan kekeluargaan mereka.

Hanya warga desa yang jelas sentiasa mengingati mereka (Insan Yang Telah Pergi) dengan mengingati membersih tanah perkuburan mereka, tidak hairan lah perkuburan warga desa lebih bersih berbanding warga kota yang kadangkala enggan sertai membersihkan tanah perkuburan.

Tidak hairan lah warga desa kerap sekali mengadakan gotongroyong membersih tanah perkuburan sekeliling desa halaman mereka masing masing.


TENTERA TIDAK GENTAR DIHUTAN

Oleh. Gifkir Aming

Sarawak. Cabaran Renger Sempadan dari Tentera Darat DiRaja Malaysia mampu dijangka selamat kembali walaupun sesat dihutan berhari hari ujar beberapa tentera yang ditemui.

Pasukan seumpama telah dilatih bagi menempuh pelbagai rintangan yang ditempuhi namun bukan semua mampu mendepani situasi dalam hutan berbeza bentuk muka bumi, sungguhpun cabaran penuh ranjau yang diharungi Renger Sempadan berkenaan namun syukur beliau mampu ditemui dalam keadaan sedar.

Tragedi tersebut wajar dijadikan pedoman semua anggota Tentera dalam apavjuga unit supaya sentiasa berwaspada dalam sebarang tugasan pada masa akan datang. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan