Selasa, 23 Julai 2024

BANYAK KEBUN GETAH TIADA JALAN RAYA

Oleh.  Mat Qeyyim Hazemi Hamid Dan Jusupi Anak Kurdi

Sabah.  Pemilik tanah kebun getah dalam negeri ini secara kecil kecilan terus meminta, agar kerajaan persekutuan membantu membina jalan raya menuju ke tanah geran kebun getah mereka. 

             Kebanyakan tanah geran kebun getah terlibat adalah dikawasan perkampungan tanah tinggi tanpa ada usaha membina jalan raya sejak 1963 lagi.

                Ini didedahkan oleh setiap pemilik geran tanah berkenaan yang keciwa serta gagal memajukan kebun getah mereka dalam masa kini dizaman kemodenan. 

                     Selain dari itu ramai keluarga pemilik kebun getah bergeran hanya memerhati tanah getah mereka dari jauh tanpa jalan raya, jauh sekali kemampuan warga emas berjalan kaki ke kebun getah mereka yang turun naik bukit tanpa ada usaha kerajaan negeri membina jalan raya sempurna.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan