Rabu, 17 Julai 2024

LALUAN TIKUS SELUDUP SYABU DARI MALAYSIA

Oleh. Helary Sukiono 

Pontianak. Tiga orang ditahan polis pontianak yang dipercayai terlibat dengan pengedaran syabu melalui laluan tikus pelabuhan Tanjung Emas Semarang dekat sini.

         Dua orang lelaki manakala seorang wanita dipercayai isteri salah seorang suspek yang ditahan dalam rangkaian pengedar dari Malaysia lapor kepolisian pontianak.

          Hasil siasatan pihak polis pontianak berjaya menemui 18.9 kilogram Syabu dari ketiga tiga suspek yang berurusan dengan agen dari Malaysia  jelas jurucakap tersebut.

          Kes masih lagi didalam siasatan pihak berkuasa Pontianak masa kini dan semua suspek masih lagi didalam tahanan, kes tersebut dilaporkan jika disabit kesalahan semua suspek boleh ditahan dalam penjara selama 20 tahun.

           Jauhi Dadah jika mahu menghindari segala tindakan serta hukuman dari pihak berkuasa tempatan terhadap keluarga masing masing.




            Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan