Selasa, 9 Julai 2024

KATA ORANG SESAK DISANA SINI

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Isu kesesakan yang berlaku disana sini mengejutkan setiap pengunjung kenegeri ini, hospital penuh sesak, bus pengangkutan awam pun sesak bagai tiada langkah penambahbaikan serta pengawalan pengangkutan awam penuh sesak sampai berdiri. 

Sesak Sana Sini ini menjadi tanda tanya sampai bila ianya bakal berakhir sedangkan ia merupakan kepentingan orang ramai, jika hospital sesak sehingga tidak ada tempat duduk bagi warga emas tidak mungkin dibiarkan, demikian juga pada pengangkutan awam bagaimana warga emas mampu menggunakan pengangkutan awam penuh sesak keluh penduduk Sabah yang ditemui.

Sesak Sana Sini ini perlu ditangani pihak kerajaan Sabah dengan daya usaha selagi duduk berkuasa agar rakyat jelata mampu mengecapi keselesaan, jika ianya terus dibiarkan sampai bila penduduk Sabah mendapat keselesaan sedangkan harapan mereka (penduduk Sabah) hanya satu yakni kerajaan perlu membaikinya seberapa cepat yang boleh ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat  ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan