Jumaat, 19 Julai 2024

BERAS BERSUBSIDI MURAH TAPI?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Mengapakah perlu disalahkan kerajaan berikutan kenaikan harga makanan harian 

 manusia sejagat?. 

       Kerajaan sudahpun meletak harga beras RM30.00 bagi sepuluh kilogram dan RM15.00 bagi lima kilogram namun penjual nasi bungkus meletak harga RM2.00 hingga RM3.00 bagi semangkuk kecil (gambar) nasi putih kosong. 

        Persoalan nya berapa mangkuk kah nasi putih pada 5 kilogram dan 10 kilogram beras yang dimasak oleh para penjual nasi putih berkenaan, jika 5 kilogram beras boleh perolehi 50 mangkuk kecil manakala 10 kilogram peroleh 100 mangkuk kecil penjual akan dapat antara RM100 hingga RM150.00 bagi 5 kilogram.

           Bagi 10 kilogram pula penjual akan peroleh RM200 hingga RM250.00 dengan modal RM15.00 hingga RM30.00 sahaja beras yang dibeli, adakah rakyat Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak mampu mengkaji  perkara tersebut yang kerap salahkan kerajaan sedangkan penjual senyum untung besar.

         Satu kes lagi buah Bambangan (gambar) kadangkala dijual sehingga RM4.00 hingga RM7.00 sebiji adakah ini salah kerajaan juga?, ada sebilangan kenaikan harga barangan ini direka golongan penjual sendiri tanpa disedari kerajaan negara ini. 

           Ini baru kes beras dan nasi kosong serta Bambangan yang dinaik harga dikalangan penjual yang sempat didedahkan pada paparan kali ini, semua ini wajar diambil kira seluruh warga Malaysia setiap hari jangan tuding jari pada kerajaan sedangkan penjual tidak dibidas mengaut untung  berlebihan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa, kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan