Sabtu, 27 Julai 2024

BENARKAH MEREKA INI BEBAS MEMINTA SEDEKAH

Oleh. Williem Anak Lagau/ Mat Qeyyim Hazemi Hamid

Kota Kinabalu. Peminta sedekah diseluruh bandar Kota Kinabalu bagai satu pasukan bebas meraih sokongan semua orang penghuni amnya pelawat bandaraya tersebut, dari pagi hingga ke petang setiap lorong kedai sentiasa diduduki kumpulan ter-
 
libat tanpa disedari semua orang agar menjauhi dari memberi derma bagi orang sihat tanpa kecacatan.

        Dari Kompleks Sinsuran menuju Segama dan Jalan Pantai sehingga Kg. Air dan Asia City dilaporkan menjadi kloni peminta 

sedekah setiap hari penuh bebas, sebaliknya peminta sedekah ini ganjil berikutan mereka tidak boleh bercakap bahasa Melayu walau siapa juga cuba bercakap dengan mereka.

              Menurut warga Kota Kinabalu golongan peminta sedekah ini hanya menghulurkan gelas cup dan cakap Makan setiap orang lalu depan mereka, ini membuatkan ramai warga keliru sejauh mana kesahihan dan kelayakan orang orang seperti ini bagi mendapat sumbangan sedekah.

                          Apapun pendedahan ini terserah pada penduduk bandaraya Kota Kinabalu mahupun golongan pelancong luar negeri, mereka boleh bertindak sendiri sama ada memberi atau tidak setiap golongan peminta sedekan berkenaan setiap hari di Kota Kinabalu.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan