Selasa, 30 Julai 2024

MISTERI TIDAK CUKUP AKAL

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Sebilangan penduduk negeri ini menyifatkan sebahagian pemandu Bus Mini Tidak Cukup Akal Berlagak Memaksa Penumpang Serta Menguasai Bus Stop Sepanjang Jalan Raya.

           Selain dari itu golongan pemandu Bus Mini juga sesuka hati membunyikan Hon Kenderaan Mereka Bagi Memanggil Orang Menaiki Bus Mereka,  anehnya walaupun tidak ada penumpang di bus stop sebilangan pemandu Bus Mini terus berbaris juga dengan injin bus mini hidup mengganggu orang awam.

           Kes seumpama dilaporkan orang asli Sabahan berlaku hampir setiap hari dari pagi hingga kepetang melainkan jika ada penguatkuasa meronda dijalan raya, ada juga orang asli Sabah mendakwa kumpulan pemandu bus mini terlibat marah terhadap pemandu bus mini warga asli Sabah jika ada penumpang kenalan mereka menahan bus mini rakan mereka. 

           Satu kaedah dicadangkan warga asli Sabah ialah pihak penguatkuasa wajar melakukan penyamaran  dengan tidak mengenakan pakaian seragam masa meronda, pihak berkuasa perlu melakukan operasi bersepadu dengan semua pihak penguatkuasa  yang bertauliah bagi mengesan dan memerangkap golongan pemandu bus mini tidak beretika. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan