Jumaat, 26 Julai 2024

SEMAKIN BANYAK PARTI DITUBUH

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Penduduk negeri ini terus tersenyum dengan pelbagai daya usaha warga Sabah bagi mendaftar  parti politik konon nya berjuang untuk rakyat negeri ini.

         Satu perkara yang menjadi tanda tanya penduduk Sabah adalah  slogan membela orang Sabah namun tidak nampak sebarang derma kepada rakyat miskin yang mengharap bantuan, sebaliknya segala perjuangan parti baru  dilaporkan terus memainkan  wawasan mereka tidak boleh memberi sumbangan selagi belum menjadi kerajaan selepas pilihan raya.

         Kru Media Terkini yang menjejaki golongan pemimpin parti baru sukar mendapat maklumat terperinci agenda perjuangan sebenar mereka untuk rakyat, malah terdapat rakyat jelata dilaporkan menemui sebilangan pemimpin tertinggi parti baru demi mengharap bantuan  bagi memperolehi sesuap nasi namun tidak dilayan. 





Nota. Dilarang membuat ulssan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan