Ahad, 21 Julai 2024

AWAS PEMALSUAN DOKUMEN

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Semakin ramai terbongkar warga asing didalam negeri Sabah menggunakan Kad Pengenalan Palsu tanpa disedari masyarakat orang asli negeri tersebut. 

           Bayangkan lah sekeliling mereka dengan loghat bahasa asing namun mendakwa  rakyat bumiputera Sabah sehingga berani mempamerkan Kad Pengenalan, namun golongan terlibat terkandar berikutan pemeriksaan ketat JPN dan pelbagai agensi kerajaan lain yang melakukan operasi bersama setiap masa diseluruh negeri tersebut. 

           Dalam kes terbaru ada warga asing guna Kad Pengenalan palsu milik orang lain di Sabah sehingga ditahan pihak berkuasa untuk tindakan lebih lanjut, mampu kah seluruh orang asal Sabah membantu pihak berkuasa memantau serta melaporkan Warga Asing yang menggunakan Kad Pengenalan orang lain untuk kepentingan mereka. 

          Sebaliknya sukar untuk membenteras kes kes seumpama selagi orang asal Sabah tidak sepakat melaporkan kebanjiran warga asing disekeliling mereka, malah ada juga laporan dihebahkan segelintir orang Sabah sanggup bersekongkol membantu warga asing bagi mendapat kerja dan rumah tempat tinggal tanpa kekeluargaan. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

             
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan