Sabtu, 6 Julai 2024

PIHAK BERKUASA WAJIB MEMANTAU KES SERUPA

Oleh. Koijul Hairol

Sepanggar. Penduduk Telipok Darat menggesa kerajaan Sabah dan Persekutuan melakukan pemantauan setiap masa WAYER LETRIK BERJUNTAI RENDAH diatas jalan raya laluan orang awam. 

Menurut penduduk Parlimen Sepanggar, KABEL LETRIK kawasan tersebut seringkali jatuh terjuntai diatas jalan raya menyebabkan ketakutan orang ramai, selain dari itu ianya juga dikaitkan dengan gangguan bekalan tenaga letrik sehingga ramai tidak mendapat bekalan letrik beberapa hari jelas penduduk setempat. 

Dalam kemelut seumpama kebanyakan penduduk yang terputus bekalan letrik  mendedahkan ada pihak orang politik memilih orang tertentu yang terputus bekalan letrik bagi menghulur sumbangan, sedangkan majoriti warga  luar bandar kawasan tersebut menempuh terputus bekalan tenaga letrik beberapa hari namun hanya golongan tertentu sahaja  yang dihulur ujar warga setempat.

Wraga seluruh Parlimen Sepanggar meminta kerajaan negeri dan pusat amnya  memperbaiki tenaga letrik diseluruh kawasan tersebut,  agar tidak menanggong kerugian semua makanan basah yang musnah dalam peti sejuk mereka dan terhindar dari pilih kasih sebilangan orang parti politik.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan