Selasa, 2 Julai 2024

WARGA MOHON BANTUAN SEIMBANG

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Bencana alam wajar ditangani kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan seimbang dalam bandar atau luar bandar sejajar dengan kepentingan rakyat tanpa mengira kefahaman politik. 

Musibah banjir berlaku sehingga berlaku tanah runtuh  
dibeberapa kawasan jalan raya luar bandar termasuklah lumpur lebih 2 kaki masih banyak terbiar ujar penduduk luar bandar.
Ramai warga luar bandar Sabah sekadar memandang jauh kehadapan jalan raya mereka yan runtuh amnya ditenggelami pasir lebih 2 kaki,  ianya menyukarkan orang kampung memasarkan hasil pertanian dan buah buahan tempatan akibat kenderaan 
tidak mampu keluar didalam jalan raya putus serta ada yang ditenggelami lumpur lebih dari 2 kaki terang mereka penuh kesal. 

Sehingga berita ini dimuatkan ramai warga desa terpencil semua tanah runtuh dijalan raya belum ada yang tampil datang membersihkan jalan raya berkenaan ujar mereka.

Sebilangan petani serta pekebun buah juga merungut akibat  jalan raya keperkampungan mereka sukar dilalui kenderaan kecil akibat jalan runtuh , selain dari itu ada juga jalan raya yang tertimbus pasir lumpur sehingga kenderaan rendah  tak dapat lalu menuju kebandar atau pekan tegas mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan