Khamis, 4 Julai 2024

MENGAPA TUNDUK DENGAN PATI?

Oleh. Basron Kirwan/Williem Anak Lagau

Kuala Lumpur.  Sabah perlu berani bangkit menolak kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang berusaha membolosi negeri tersebut dengan pelbagai cara agar mereka diberi suaka perlindungan jangka panjang. 

Sebagai contoh Sarawak yang bersih dari pendatang asing tanpa izin dan tidak ada sebarang alasan mengenai PATI bagi mendapat suaka perlindungan walau sedetik cuma. 

Sabah juga harus berani mempertahankan tanah air nya agar tidak diperalatkan PATI sebagai perlindungan mereka dengan orang yang tidak bernegara, pelik dan ajaib menurut aktivis masyarakat serantau tidak mungkin ada manusia dimuka bumi ini tidak memiliki negara asal sebenar terang mereka. 

Semua insan bergelar manusia pasti ada negara asal bersandarkan loghat bahasa yang diguna pakai walaupun mereka berpindah randah namun suku bangsa asal mereka tetap ada asal usul keturunan moyang mereka.

Hanya bergantung dengan orang asli Sabahan serta kepimpinan kerajaan negeri mereka mampu mempertahankan manipulasi golongan PATI yaang berusaha mendapat suaka perlindungan diseluruh Sabah walau pelbagai cara meraih simpati kepada kerajaan Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan