Isnin, 1 Julai 2024

BENCANA BANJIR BANYAK TERLIBAT

Oleh. Basron Kirwan / Gifkir Aming  

Sabah. Musibah banjir June hingga Julai 2024 banyak 
menjejaskan  warga Sabah sama ada dikawasan tanah rendah mahupun tanah tinggi, ianya melibatkan banjir dan tanah runtuh yang luar biasa sehingga menggerunkan masyarakat seluruh negeri Sabah.  

Bencana hujan lebat ini juga turut merosak jalan raya dan
rumah kediaman serta industri perniagaan yang berhampiran sungai, malah ianya banyak memusnahkan pelbagai perkakas rumah orang orang tempatan ditepi  
sungai  akibat ditenggelami air.

Ramai warga yang tidak dapat berkerja akibat runtuhan tanah dijalan raya kawasan luar bandar melibatkan swasta, namun mereka terpaksa juga akur tidak bergaji  disebabkan  tidak turun berkerja sepanjang hari 30 Jun dan 1 Julai 2024.

Adalah menjadi harapan rakyat agar isu banjir dapat ditangani pihak berkuasa memperdalamkan saliran setiap sungai dan perparitan bagi kelancaran banjir pada masa akan datang, masaalah jalan raya juga perlu diperbaiki semua saliran cerun  tanah tinggi dan perparitan demi mengelak  cerun runtuh meme nuhi perparitan jalan raya tanah tinggi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan