Isnin, 20 November 2023

WARGA SABAH TIDAK FAHAM BUS STOP ?

(Dibuang umpama bola sesuka hati berpindah Bus disetiap Bus stop)

Oleh. Jusupi Anak kurdi 

Sabah. Trend amalan pemandu Bus Mini dinegeri ini cukup memanaskan perasaan pengguna pengangkutan awam, majoriti mereka menjadikan para penumpang sebagai BOLA TENDANG SANA SINI berpindah Bus demi mengaut keuntungan sendiri. 

Trend pemandu bus mini Sabah dilaporkan membuang penumpang ditengah jalan agar berpindah kepada bus mini lain sebaik lorong bertentangan  banyak penumpang nya untuk diangkut. 

Kes seumpama dilaporkan sudah terlalu lama berleluasa namun tidak ada yang berani bersuara sebelum ini walaupun sangat menyakitkan dijadikan bola berpindah bus tiap hari jelas mereka. 


 Menurut orang asli Sabah yang ditemui, warga pemandu Bus Mini yang memperalatkan penumpang  sangat meragukan status diri mereka adakah lengkap dokumen sebagai pemandu pengangkutan awam atau sekadar pinjam kenderaan terlibat. 

Tingkahlaku mereka juga sangat meragukan  terutama berlagak pemilik bus stop sepanjang jalan namun ada juga menyokong mereka, akibat dari sokongan warga Sabah pemandu bus mini ini naik tocang dan memperhambakan penumpang demi mengaut keuntungan diri sendiri.

Warga Sabah harus berani mencabar mengikut perundangan dimana kuasa mereka pemandu bus mini menurunkan penumpang sesuka hati ditengah jalan, selain dari itu tidak ada undang undang bagi menjadikan bus stop sebagai terminal menunggu penumpang sehingga menghalang pelbagai kenderaan mengambil keluarga dibus stop berkenaan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan