Khamis, 23 November 2023

KERJA KUAT KEMAMAN BOLEH DITAWAN

(Jentera BN PH Dan Semua Pemimpin Perpaduan Harus Turun Padang)

Oleh. Basron Kirwan 

Terangganu. Kerusi parlimen Kemaman boleh ditawan UMNO BN dan PAKATAN HARAPAN jika usaha jitu mereka menggembeling tenaga turun padang menemui semua pengundi selelum 2 Dec 2023. 

Sandaran kerja seorang diri bagi calon Umno BN Kemaman tidak mampu menemui seluruh pengundi setempat melainkan wujud kerjasama semua pihak PH serta semua jentera parti yang menyokong kerajaan perpaduan, bagi negeri Terangganu yang dilaporkan sudah menjadi kubu kuat  Kerajaan PN Pas dan Bersatu bukan senang di tawan semula oleh BN dan PH disamping rakan rakan kerajaan perpaduan jelas warga Kemaman hari ini.

Calon BN Parlimen Kemaman perlu menggunakan pelbagai pendekatan bagi memenangi jiwa para pengundi setempat jika mahu menang pada 2 Dec 2023, bagi pengundi parlimen Kemaman hanya calon yang benar benar menemui rakyat yang mereka undi pada 2 Dec 2023 dan bukan pemimpin yang sekadar datang dan pergi tanpa membantu rakyat ujar mereka.

Media Terkini dimaklumkan oleh warga Kemaman bahawa jika Persatuan Bekas Polis Negeri Terangganu serta Persatuan Bekas Tentera Perajurit Malaysia membantu BN PH berkempen untuk pesara Polis dan Tentera mereka mampu tawan parlimen tersebut.

Apapun terserah lah dengan kepimpinan dan jentera parti politik dimana jika berlaku kelalaian dalam jentera kempen BN PH bersama rakyat jelata PN masih mampu mempertahankan kerusi parlimen Kemaman  dengan undi yang tipis pada 2 Dec 2023 akan datang.



 PENUMPANG TERUS MENJADI BOLA 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Hampir setiap hari penumpang bus mini Sabah dilaporkan menjadi bola berpindah sana sini menaiki Bus Mini yang hanya berjalan jika penumpang penuh didalam bus mereka. 

Anehnya dalam kejadian seumpama penumpang yang diperalat sebilangan Bus Mini sekadar berdiam diri walau berkali kali berpindah Bus dinaiki mereka, ini menambah naik tocang para pemandu bus mini dengan sikap lemah lembut para penumpang bus mini mereka disetiap  bus stop pemindahan setiap hari.

Apapun kejadian ini hanya pihak kerajaan Sabah sahaja mampu menghentikan kelakuan pemandu bus mini yang bongkak dan sombong bila ditegur penumpang yang dijadikan bola setiap hari ujar mereka yang ditemui. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan