Khamis, 9 November 2023

SIAPAKAH MEREKA PADA PENDUDUK TEMPATAN

Mudah Memperolehi Wang

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Sebilangan besar warga orang Sabah tidak mengenali golongan yang berkeliaran dibandar atau pekan meminta derma hanya dengan kertas tulisan lusuh buatan dalang yang memperalatkan mereka. 

Peminta sedekah ini juga begitu berani memarahi jika  orang tidak menghulur derma sebaik kertas lusuh
dihulur  namun tidak ada warga Sabah berani menegur mereka, peminta sedekah ini dipercayai warga asing berdasarkan dengusan marah mereka mirip loghat orang asing disamping berjalan sihat setiap  hari terang warga Sabah yang dihubungi.

Sebilangan orang asal Sabah juga hairan mengapa banyak sangat penduduk negeri tersebut sanggup memberi wang pada orang asing melancong sedangkan ramai lagi warga miskin didalam negeri mereka, anehnya warga miskin Sabah jika memohon sedikit bantuan dianggap malas berkerja namun pelancong beribu batu datang Sabah menghulur surat lusuh tanpa chop rasmi kerajaan  senang sahaja dihulur antara RM5.00 hingga RM10.00 tiap hari.

Apapun terpulang lah pada mereka menderma wang ringgit kepada pelancong asing yang bercuti di Sabah sehingga pelancong terlibat kembali kenegara asal mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan