Isnin, 27 November 2023

SEMUA WARGA WAJAR BUKA MATA

Penduduk Mohon Ahli Parlimen Bersuara 

Oleh. Gifkir Aming

Tuaran. Ahli parlimen


 tuaran Datuk Seri Panglima Madius Tangau diminta bersuara agar kerajaan Sabah memantau syarikat syarikat tempatan dalam negeri ini yang hanya pandai merosak jalan namun tidak langsung membaiki kerosakan yang mereka lakukan. 

Ini disuarakan seorang penduduk yang menemui media terkini dengan mengemukakan kerosakan jalan raya Telipok merentasi Logkou Baru Kiulu akibat lori mengangkat batu hampir 20 tan berulangkali setiap hari dijalan tersebut ujar penduduk yang enggan disebut nama.

Menurut sumber jalan raya tersebut hanya untuk kenderaan tidak melebihi 6 tan sahaja namun akibat kuramg pemantauan kerajaan negeri Sabah syarikat tempatan suka ambil kesempatan, jika kes tersebut dibiarkan tanpa pemantauan kerajaan Sabah pengguna jalan raya terlibat pasti menempuh kesukaran melintasi jalan tersebut dikawasan tanah tinggi dimasa akan datang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan