Selasa, 7 November 2023

KERJAYA SUKARELA TIDAK DIHORMATI 

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Parlimen Sepanggar. Amat mengeciwakan tidak ramai menghargai jasa kerjaya sukarela yang sanggup mengawal lalu lintas semasa lampu isyarat  tidak berfungsi dijalan raya, malah ada pula pemandu yang tidak menghiraukan kerjaya sukarela mereka sehingga melintas sahaja hampir melanggar kenderaan dilaluan hadapan mereka. 

Tindakan seorang sukarela membantu mengatur laluan kenderaan ini adalah ketika lampu isyarat bermasaalah yang sedang diperbaiki juruteknik bertugas dan lalu lintas perlu dikawal selia bagi mengelak kemalangan, sebaliknya ramai pemandu kenderaan dan motorsikal tidak langsung menghargai atau menghormati individu yang sanggup berjemur menjadi sukarela mengurus mengatur laluan kenderaan dikawasan isyarat berkenaan. 

Dalam kerjaya sukarela berkenaan berjalan ada juga pemandu yang membunyikan HON mereka termasuk motorsikal yang terus berjalan tanpa menghormati langkah sukarela orang yang bertugas, kru MEDIA TERKINI BORNEO yang terpanggil memerhati situasi berkenaan sedih dengan sikap pemandu bagi kawasan terlibat langsung masih ramai gagal mengerti tugas golongan sukarela. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan